Thursday, May 27, 2010

Kontroversi CROCS


Satu lagi isu berkenaan kalimah Allah telah menggegarkan penduduk Malaysia hari ini. Baru isu yang sebelumnya mahu reda sudah timbul isu baru yang melanda umat Islam di Malaysia. Ya tulisan ini berkaitan dengan isu lambang CROCS pada keluaran barangan selipar atau kasut mereka. Apakah akan berlaku lagi demonstrasi jalanan untuk membantah tindakan syarikat CROCS yang menggunakan lambing SEAKAN kalimah Allah ini? Kita tunggu dan lihat.


Ya kalau kita amati memang tidak dinafikan lambing CROCS itu seakan kalimah Allah. Bukan setakat bentuk buaya itu yang menyerupai kalimah Allah, namun terdapatnya corak yang seakan membentuk sabdu di atas buaya tersebut. (Kenapalah lambangnya macam ni?)

Jangan Cari Pasal

Rata-rata umat Islam agak marah dengan isu yang timbul ini memandangkan menyentuh sensitiviti tertinggi umat Islam memandangkan ianya berkenaan dengan kalimah Allah yang diletakkan pada selipar yang dipijak setiap hari sebagai alas kaki. Saya yakin seluruh umat Islam pasti marah atas kejadian ini.

Pelbagai komen yang dilontarkan. Ada yang marah dengan tindakan ini dan menyamakannya dengan isu karikatur nabi. Ada yang mengatakan ini merupakan tindakan halus bagi menyerang maruah umat Islam. Manakan tidak, sengaja meletakkan lambing yang SEAKAN kalimah Allah pada selipar.

Ramai yang mengambil keputusan untuk boikot barangan tersebut. Ya , memang tak ada kerugiannya memboikot selipar tersebut. Tidak ada daruratnya pada kita sebagai pengguna apabila kita memboikot jenama tersebut. Berlambak lagi selipar lain yang boleh menjadi alternatif. Yang paling hamper asadi (saya guna yang ini sebab tak mampu beli CROCS)

Kenapa Harus Boikot?

Namun disebalik kemarahan, terdapat beberapa pendapat yang bertentangan dengan arus pendapat kebanyakan umat Islam yang lain. Antaranya pendapat Ust Hasrizal, seorang penulis terkenal dengan buku “Aku terima nikahnya”. Kata beliau:

“Kasut Crocs pun kena boikot sebab buayanya menyerupai
Lafaz Allah? Astaghfirullah... Apa kata antum boikot huruf t pada
hang tuah? Rupa huruf t tu macam salib. Gantikan dengan hang kuah ke,
hang buah ke...”

Jangan Cepat Melatah

Mungkin ada yang marah dengan pernyataan di atas. Ya betul kita tidak boleh berlembut dengan isu-isu begini. Namun adakah kita ada buat selidik sebelum kita sebarkan gambar tersebut dan mengajak umat Islam lain untuk turut sama dalam kempen boikot tersebut.

Cuba bayangkan kalau pengeluar CROCS ni dikalangan kawan kita yg bukan Muslim. Lalu tanpa soal siasat ataupun bertanya akan niat dia kita terus sebarkan perkara ini bahkan menyeru masyarakat lain untuk memboikot barangan keluaran syarikat dia. Agak-agak adil tak kepada kepada kawan kita tadi? Mungkin ianya kebetulan yang kawan kita sendiri tidak perasan.

Saya merasakan apa yang dimaksudkan untuk kita terlalu cepat melatah itu bukanlah bermaksud bahawa saya membantah tindakan boikot tersebut andai kata ianya jelas bertujuan menghina Islam. Namun disebabkan TIADA KEPASTIAN dan boleh dikatakan ianya bukannya dibuat secara jelas yakni serupa (100%) dengan kalimah Allah dan masih terdapat kemungkinan bahawa ianya satu kebetulan. Oleh itu tanpa siasatan yang mendalam, perbuatan ini agak terburu-buru.

Hal ini kerana ianya masih “BELUM PASTI”. Andai ianya satu kebetulan, apakah kesan tindakan kita ini terhadap peniaga-peniaga CROCS yang seagama dengan kita? Andai ianya memberi kesan terhadap sumber pendapatan mereka bahkan lebih teruk mereka juga mungkin mengalami kerugian akibat tindakan kita. Adakah kita ada berfikir mengenai tindakan kita ini?

Siasatan

Satu siasatan telah dibuat oleh penulis blog mohd Faridzul Asyraf dalam blog beliau (http://joegrimjow.blogspot.com/2010/05/kasut-crocs-haram-dipakai-kena-boikot.html)

Oleh itu saya menyeru umat Islam agar membuat siasatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Janganlah kita terlampau cepat membuat keputusan atau tindakan. Andai kita terlampau cepat melatah, sudah tentu ianya akan menjadi permainan golongan kuffar. Ibarat orang yang kuat melatah, maka akan semakin galaklah orang lain mengusiknya.

Lagipun dalam Islam sebelum apa-apa tindakan diambil, islam menitik beratkan soal kepastian. Contohnya jika dalam soal zina andai saksi 3 orang tidak cukup 4, maka hukuman tidak boleh diambil. Maka jelaslah Islam memandang serius mengenai soal kepastian sebelum tindakan diambil.

Impian

Tambah cantik jika pemerintah atau mana-mana gerakan islam dapat mengirim sepucuk surat ats kekhuatiran umat Islam ini kepada syarikat berkenaan. Mungkin antara isi kandungan surat tersebut mengandungi beberapa perkara:

1) Kekhuatiran mengenai logo tersebut (sensitiviti Muslim)
2) Cadangan agar diubahsuai
3) Kemungkinan ada gerakan untuk memboikot jika tiada tindakan diambil (banyak alternatif lain).

Akhir kata saya memohon maaf andai tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak. Saya bukanlah begitu bijak dan arif, namun sekadar berkongsi pendapat. Tidak telintas dalam fikiran saya untuk mempertahankan syarikat CROCS. Pandangan ini saya utarakan atas dasar ianya masih “BELUM PASTI”. Namun sekiranya ia sudah jelas memang sengaja dibuat, maka saya akan menyertai kempen boikot ini dan cuba sedaya upaya untuk menyebarkannya.

Islam itu agama yang indah. Ia mengajar penganutnya untuk menggunakan akal serta berdakwah dengan hikmah.



"Serulah (manusia) kepada jalan rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik" [An-Nahl : 125]

9 comments:

Atiq-chan said...

Setuju dgn b.long!
Sekarang ni cpt sgt kita melatah... Better siasat dulu sblm sebar2kan.
Dlm AlQuran pon dah mention jgn sebarkan perkara2 yg tak pasti. Kalo tak tau sumber &kepastiannya,better senyap.

Pagi2 kat kelas benda ni dah jadi tajuk perbualan, nasib baik ada orang yang menulis:)

Muhammad Farhan Aminudin said...

siapakah empunya diri yg bernama keli biru ini?
siapakah gerangannya b.long itu?
Aku tertanya-tanya..

Nes Zinatulhayah said...

salam...
setuju gak dgn kata2 abg farhan..
mse mule2 kwn bgtaw tu rase mcm geram gakla, tp tula kite xtaw ksahihan lg..mgkin ianya kebetulan @ kbenran pn xterpasti lg...
sbb kite pn taw ada anasir2 yg ingin mjatuhkan umat Islam..
hrp2 kita smue perlu siasat tlebih dahulu n hati2..

Muhammad Farhan Aminudin said...

Semoga kita semua dapat belajar sesuatu, terutama diri ini...

Unknown said...

Betul Farhan! Aku sokong!!

Anonymous said...

orang yang boikot ni smua orang cetek pemikirannya .. senang cakap BENGAP ah ...
seperti lembu dicucuk hidung ..
ikut je.. orang boikot .. dia boikot tapi tak tau citer..
lain kali periksa dulu..

lagipun sebelum korang nak timbulkan masalah baru.. lebih baik korang selesaikan masalah MAKSIAT kat msia ... arak.. seks luar nikah .. benda yang nyata2 tu korang diamkan.. benda buaya yang tak bersalah tu korang pertikaikan.... ayyyaa mcm mana mau maju ni beb..!!!?

wallahu'alam..

Atiq-chan said...

Cuba tgk logo CROCS yg ori dengan yg dlm gambar tu...beza gile!
Nmpk sgt propaganda..
Siapa sy? Huhu... Sape lagi pggl b.long kalo tak budak2 G17.......

Muhammad Farhan Aminudin said...

Mm.. sudah dapat diagak siapa..

Atiq-chan said...

Heh..bijak2^^