Al-Qaradhawi: Pastikan Kesahihan Hadith Tentang Rejab
Soalan:
Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hokum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?
Jawapan:
Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada diantara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.
Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu ianya suatu yang didustai (atas nabma Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta.
Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur… para ulama berkata:
إنَّ الوَعْدَ بِالثَّوَابِ العَظِيْمِ عَلى أمْرٍ تَافَه، أوْ الوَعِيْدَ بِالعَذَابِ الشَّدِيْدِ عَلى ذَنْبٍ صَغِيْرٍ، يَدُلُّ عَلى أنَّ الحَدِيْثَ مَكْذُوْبٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”
Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.:
“Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid.” Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan utk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid.
Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya).
Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu. Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya… terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala alsinati al-Nas oleh al-‘Ajluni… dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.
Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka
HADITS DHA’IF DAN MAUDHU’ SEPUTAR BULAN RAJAB
Agustus 1, 2007
oleh abu salma
Tuesday, June 15, 2010
Salah Faham Berkenaan Bulan Rejab
Posted by Muhammad Farhan Aminudin at 8:30 PM 0 comments
Labels: Perkongsian
Tuesday, June 8, 2010
Boikot ??
Isu boikot berkumandang lagi. Namun kali ini ianya bukan lagi sesuatu yang TIDAK PASTI. Bukan lagi isu tentang bahan di kaki. Bukan lagi isi barangan ciplak atau ori.
Setiap kali berlaku kekejaman Zionis yang mendapat liputan yang meluas, sudah pasti akan timbul isu Boikot barangan Israel. Isu ini kembali hangat akibat tindakan tentera yahudi terhadap konvoi LL4G.
Disebabkan serangan tentera yahuni ini ada juga yang mengutarakan usaha memboikot barangan Israel yang jelas menumbang kepada kegiatan Zionis. Terdapat pelbagai pendapat yang kita dapat mengenai tindakan memboikot ini. Terdapat juga perbezaaan pendapat tentang barangan yang harus diboikot. Saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan isu ini.
Amat sedih juga membaca kata-kata yang digunakan oleh sahabat-sahabat dalam usaha berbincan permasalahan boikot ini. Kita harus ingat tujuan memboiot adalah bagi melamahkan ekonomi Zionis. Bukan menyebabkan perpecahan umat. Berdiskusilah dengan penuh adab. Kerana di situ letaknya keindahan Islam itu sendiri.
Namun yang pasti semua ini menunjukkan betapa tidak berpadunya umat Islam ketika ini. Lalu tindakan boikot ini tidak lain hanyalah seperti ombak yang tidak sekata dan akhirnya lemah sebelum memukul pantai.
Saya berpendapat semua ini adalah akibat tiada pemerintahan Islam yang sebenar. Jika terdapat satu arahan yang jelas mengenai tindakan memboikot ini, mungkin kita dapat melihat kesan yang besar daripada tindakan ini. Cuba kita bayangkan kalau 1.4 billion umat Islam memboikot barangan Israel. Katakanlah dalam sehari 0.1% sahaja yang membeli barangan Israel yang berharga RM1 dalam sehari. Maka penurunan jualan sebanyak RM 14 juta sehari. Bayangkan kalau sebulan. Itu kalau 0.1% sahaja yang berbelanja dengan barangan RM1 sehari.
Namun kelemahan yang ketara daripada tindakan memboikot ini adalah masalah keseragaman. Tiada tempoh tertentu dalam usaha memboikot barangan Israel ini. Hal ini menyebabkan ada yang memboikot hari ini tapi esok dia membeli pula manakala ada yang membeli hari ini dan esok baru ia memboikot. Maka kuranglah kesan pemboikotan tersebut. Cuba bayangkan kalau diseragamkan yang kita akan memboikot selama sebulan bermula daripada tarikh sekian sehingga tarikh sekian. Saya yakin usaha memboikot ini pasti jauh lebih berkesan. WAllahua’lam.
Posted by Muhammad Farhan Aminudin at 9:12 PM 1 comments
Labels: Sudut Pandang
Thursday, June 3, 2010
Kupasan dan berita terikini: Konvoi LL4G
Ucapan tahniah atas semua yang terlibat dalam misi konvoi talian hayat untuk Gaza (Lifeline4Gaza). Sesungguhnya diri ini amat gembira kerana masih ada manusia yang benar-baner berusaha demi umat Islam di sana. Satu usaha yang tampak mustahil untuk berjaya dan sudah terbukti misi ini tidak “berjaya’ sampai ke gaza.
“We lost in the battle, but we win the war.”
Satu ungkapan yang sangat sesuai untuk menggambarkan hasil daripada perjuangan ini. Meskipun barangan yang dibawa tidak sampai ke Gaza, namun mesej yang dibawa oleh misi ini merentasi setiap pelusuk dunia. Meskipun dunia sudah tahu kekejaman zionist namun mereka hanya membiarkannya kerana mereka beranggapan bahawa mereka (zionist) sedang berhadapan dengan pengganas. Namun apabila misi keamanan ini yang menjadi mangsa, maka terbuktilah bahawa kekejaman zinist ini tidak mengenal siapa mangsa mereka.
Satu kejayaan dilihat daripada misi ini, apabila masyarakat dunia terutama sekali pemimpin-pemimpin utama dunia bangkit menyatakan kekesalan mereka terhadap kejadian ini. Satu siasatan bebas telah dicadangkan kepada PBB bagi menyiasat kejadian ini. Akan tetapi usaha ini tidak sehaluan dengan Amerika yang hanya mahu siasatan dilakukan oleh negara Israel sendiri. Mungkinkal sekali lagi pihak Amerika akan menggunakan kuasa veto mereka bagi melindungi Israel.
Kita juga dapat melihat dengan jelas bahawa hanya kata-kata kesal sahaja yang mampu dinyatakan oleh mereka namun setakat ini, masih belum ada tindakat yang diambil oleh mereka yang kononnya penegak keadilan dan keamanan dunia. Retorik!! Biarlah dunia melihat dan mentafsirkan, siapakah pengganas dan siapa yang berada di sebalik pengganas ini.
Perang Media
Biasanya dunia akan mendapatkan berita-berita terkini daripada media-media barat seperti CNN, BBC dll. Namun kesemua rangkaian berita ini daripada awal lagi tidak memberi liputan yang mendalam mengenai konvoi ini. Lalu muncullah Al-Jazeera sebagai sumber berita utama.
Namun apabila serangan berlaku, barulah CNN dan rangkaian berita yang lain mula memberi tumpuan. Namun adakah berita-berita yang disediakan oleh mereka ini boleh dipercayai memandangkan dari awal lagi mereka sudah berat sebelah dengan tidak menyiarkan berita-berita mengenai konvoi ini.
Kejadian Sebenar
Perkembangan ini saya dapat ketika mendengar siaran di radio ikim. Siaran ini berkumandang setiap hari dalam jam 10 malam di radio Ikim bagi mendapatkan berita terkini mengenai konvoi Lifeline 4 Gaza ini.
Malam semalam DJ bertugas telah menghubungi salah seorang sekretariat haluan palestin bagi mendapatkan berita terikini mengenai sukarelawan Malaysia. Beliau telah mengesahkan bahawa semua sukarelawan telah dibebaskan dan kini berada di Jordon.
Beliau juga memperdengarkan satu rakaman perbualan antara beliau dan Ustaz Norazman yang merupakan ketua romobongan daripada Malaysia. Menurut cerita daripada ustaz tersebut, kejadian ini berlaku pada waktu Subuh. Di mana pada awalnya mereka didatangi oleh beberapa buah bot tentera Israel yang ingin memasuki kapal tersebut. Namun usaha ini tidak berjaya.
Lalu tentera Israel telah menghantar sebuah helikopter dalam rangka untuk mengambil alih kapal ini. Namun sekali lagi usaha mereka tidak berjaya. Pihak tentera datang lagi dengan bot mereka untuk namun sekali lagi usaha ini gagal. Kemudian datang lagi helikopter mereka dan kali ini beberapa komando telah turun ke kapal dan krew kapal telah berjaya menangkap 2 orang komando Israel.
Tiba-tiba datang sebuah lagi helikopter Israel dan kali ini mereka terus menyerang krew kapal tersebut dengan senjata. Pada mulanya mereka menggunakan peluru getah namun ianya hanya seketika sebelum peluru sebenar dimuntahkan daripada senjata mereka. Akibatnya 5 orang telah gugur serta merta di tempat kejadian. Maka bermulalah episode rampasan daripada lanun Israel ini.
Selain daripada itu, wartawan daripada astro Awani juga ada menceritakan detik cemas yang dilalui oleh beliau. Beliau menceritakan detik di mana pihak tentera telah melepaskan tembakan rambang ke arah anggota rombongan hingga menyebabkan dua orang di sebelah kanan dan kiri beliau cedera di bahu dan juga di lengan. Melihat keadaan itu, beliau terus merangkap merentasi banjiran darah dalam usaha menyelamatkan diri daripada kawasan tersebut.
Ustaz Azman juga ada bercerita bahawa mereka dibawa daripada satu lokasi ke satu lokasi lain dan semua ini mengambil masa lebih kurang 24 jam. Menurutnya lagi, kenderaan tersebut dipandu perlahan tanpa diketahui sebabnya dan ada diantara sukarelawan yang ditutup matanya sepanjang perjalanan itu.
Inilah situasi yang dihadapi oleh sukarelawan kita. Namun semua ini hanyalah secebis daripada pangalaman yang telah lama dirasai masyarakat palestin yang sering kali
diserang tanpa sebab oleh puak zalim Zionist ini.
Bantuan
Dengan rampasan kapal konvoi ini, bermaksud semua barangan bantuan untuk Gaza berada di tangan Israel. Mereka berjanji untuk mengahantar sendiri bantuan ini ke Gaza. Sungguh pelik bunyinya. Kalau benarlah bantuan ini dibenarkan untuk dihantar ke Gaza, mengapa konvoi ini harus diserang. Apakah muslihat mereka?
Namun kerajaan Hamas menolah bantuan Israel ini. Mereka mahukan bantuan ini dihantar oleh PBB bukannya Israel. Mereka bertekad bahawa mereka TIDAK MEMERLUKAN ISRAEL untuk hidup.
Lakonan Mesir
Dalam diam juga , kerajaan Mesir telah menunjukkan simpati mereka dengan membuka sempadan Rafah bagi membenarkan bantuan masuk ke Gaza. Wahai mesir, andai daripada dahulu lagi sempadan ini dibuka untuk bantuan masuk ke Gaza, maka tidak perlulah konvoi tersebut melalui perairan berdekatan Israel untuk menghantar bantuan.
Bahkan kami belum lupa tindakan kamu (Mesir) yang tidak membenarkan bantuan masuk ke Gaza ketika mereka diserang pada penguhung 2008 sehingga awal 2009. Kami masih ingat bagaiman berkontena-kontena bantuan yang rosak disebabkan tindakan kamu (Mesir) yang enggan membuka sempadan.
Lebih menyedihkan apabila kamu (Mesir) menanam tembok-tembok di bawah tanah bagi menghalang terowong-terowong hayat penduduk gaza daripada melintasi sempadan. Bukan setakat itu, beberapa bulan lepas kamu (Mesir) juga telah melepaskan gas beracun ke dalam terowong hingga mengorbankan beberapa orang pejuang.
Kamulah pengkhianat, kamulah musuh dalam selimut bagi mereka.
Apakah tindakan kita?
Saya menyeru umat Islam untuk bertindak demi Palestin. Apakah kita hanya memeluk tubuh dan menyatakan simpati? Adakah linangan air mata kita sama harganya dengan darah yang mengalir daripada tubuh mereka?
Banyak yang dapat kita lakukan sebenarnya. Mereka memerlukan kita untuk bersuara, mereka memerlukan doa daripada kita mereka juga perlukan bantuan fizikal daripada kita. Ya, meskipun semua ini hanyalah usaha kecil sahaja, namun ianya merupakan satu usaha daripada kita. Maihkah kita ingat burung yang berusaha memadamkan api ketika nabi Ibrahim cuba dibakar oleh raja Namrud. Seperti inilah usaha kita sekarang. Hanyalah sedikit, namun sekurang-kurangnya kita berusaha.
Amat menyedihkan apabila kita melihat golongan-golongan yang mempunyai ilmu agama, namun mengabaikan seruan Qunut Nazilah di masjid-masjid ataupun di surau-surau. Andai kalau golongan berilmu seperti ini juga mengabaikan Qunut Nazilah ini, apakah yang diharap mereka yang tidak berilmu.
Akhir sekali saya berharap semoga usaha yang telah dilakukan ini menjadi satu titik tolah untuk penyatuan umat Islam serta menyemarakkan lagi semangat umat Islam untuk berjuang demi kegemilangan umat Islam pada masa hadapan.
Posted by Muhammad Farhan Aminudin at 1:20 PM 0 comments
Labels: Sudut Pandang