Tuesday, June 8, 2010

Boikot ??

Isu boikot berkumandang lagi. Namun kali ini ianya bukan lagi sesuatu yang TIDAK PASTI. Bukan lagi isu tentang bahan di kaki. Bukan lagi isi barangan ciplak atau ori. 

Setiap kali berlaku kekejaman Zionis yang mendapat liputan yang meluas, sudah pasti akan timbul isu Boikot barangan Israel. Isu ini kembali hangat akibat tindakan tentera yahudi terhadap konvoi LL4G. 

Disebabkan serangan tentera yahuni ini ada juga yang mengutarakan usaha memboikot barangan Israel yang jelas menumbang kepada kegiatan Zionis. Terdapat pelbagai pendapat yang kita dapat mengenai tindakan memboikot ini. Terdapat juga perbezaaan pendapat tentang barangan yang harus diboikot. Saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan isu ini.



Amat sedih juga membaca kata-kata yang digunakan oleh sahabat-sahabat dalam usaha berbincan permasalahan boikot ini. Kita harus ingat tujuan memboiot adalah bagi melamahkan ekonomi Zionis. Bukan menyebabkan perpecahan umat. Berdiskusilah dengan penuh adab. Kerana di situ letaknya keindahan Islam itu sendiri.

Namun yang pasti semua ini menunjukkan betapa tidak berpadunya umat Islam ketika ini. Lalu tindakan boikot ini tidak lain hanyalah seperti ombak yang tidak sekata dan akhirnya lemah sebelum memukul pantai. 

Saya berpendapat semua ini adalah akibat tiada pemerintahan Islam yang sebenar. Jika terdapat satu arahan yang jelas mengenai tindakan memboikot ini, mungkin kita dapat melihat kesan yang besar daripada tindakan ini. Cuba kita bayangkan kalau 1.4 billion umat Islam memboikot barangan Israel. Katakanlah dalam sehari 0.1% sahaja yang membeli barangan Israel yang berharga RM1 dalam sehari. Maka penurunan jualan sebanyak RM 14 juta sehari. Bayangkan kalau sebulan. Itu kalau 0.1% sahaja yang berbelanja dengan barangan RM1 sehari.
 

Namun kelemahan yang ketara daripada tindakan memboikot ini adalah masalah keseragaman. Tiada tempoh tertentu dalam usaha memboikot barangan Israel ini. Hal ini menyebabkan ada yang memboikot hari ini tapi esok dia membeli pula manakala ada yang membeli hari ini dan esok baru ia memboikot. Maka kuranglah kesan pemboikotan tersebut. Cuba bayangkan kalau diseragamkan yang kita akan memboikot selama sebulan bermula daripada tarikh sekian sehingga tarikh sekian. Saya yakin usaha memboikot ini pasti jauh lebih berkesan. WAllahua’lam. 

1 comments:

Nes Zinatulhayah said...

salam...
betui tu abg paan..b0ik0t jap2 jer, pastu x...pastu b0ik0t balek..pastu x plak..
mcm tuler sterusnyer...=(