Persiapan sebanar Misi ke Kemboja bermula pada 19 November 2010. Sepatutnya semua peserta harus berada di pejabat Censerve pada awal pagi lagi. Ibu sudah mula bertanya dalam ruangan Facebook tentang kehadiran para peserta yang masih belum tiba di pejabat Censerve. Bukan aku tidak mahu berada di sana pada pagi itu, namun aku masih mempunyai tanggungjawab lebih utama untuk menemani salah seorang ahli keluargaku di hospital. Dua-dua memerlukan komitmen daripada aku, namun keluarga sentiasa lebih utama.
Selepas solat jumaat, aku terus memecut ke UIA, aku perlu segera sampai di sana bagi membantu rakan seperjuangan lain dengan persiapan. Setelah tiba, aku diberitahu yang sahabat-sahabat yang lain telah keluar untuk beberapa urusan persiapan. Rasa kecewa pulak sebab tidak dapat membantu persiapan dan dalam masa yang sama tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Taidak mengapalah, tentu ada hikmah disebaliknya.
Malam itu kami berkumpul di pejabat Censerve, kami diberi sedikit taklimat tambahan tentang program. Ibu agak sedih sedikit sebab dana untuk sumbangan masih tidak mencepai sasaran. Namun misi ini harus diteruskan. Dalam sibuk persiapan, sempat juga geng budak-budak lelaki menonton perlawanan akhir sepak takraw antara Malaysia bertemu Thailand. Lama jugak tak tengak permainan sepak takraw. Namun diluar jangkaan apabila melihat gelagat pemain Malaysia yang sangat ‘psycho’ ketika bertemu Thailand. Puas kami bergelak ketawa melihat tarian, mimik muka dan gaya pemain Malaysia. Sebelum bersurai, kami diingatkan untuk berkumpul jam 9.30 pagi esok.
Sekali lagi aku tidak dapat menepati waktu. Malu jugak rasanya. Namun apakan daya aku diminta untuk ke pasar pada pagi itu dan menghantar mama ku ke program. Aku sampai ke pejabat Censerve dalam tengahari. Pada petang ini kami harus memastikan barang-barang yang hendah dibawa dan semua barang-barang makanan, ubat-ubatan dan barang-barang sumbangan akn dimasukkan ke dalam kotak. Kami harus memastikan semua barang yang dibawa boleh ‘check in’ dalam kargo. Kalau tidak semua barang tersebut terpaksa ditinggalkan di airport. Satu pembaziran pula.
Petang itu dalam jam 3, Dr dinon datang member sedikit taklimat tentang perjalanan program. Dr Dinon lebih arif tentang keadaan di Kemboja memandangkan beliau pernah dihantar bertugas di sana pada awal 90-an. Beliau juga terlibat dalam 2 misi yang sebelum ini. Perjalanan program dirombak balik bagi mengikut kesuaian yang beliau rasakan. Kami juga ditayangkan gambar-gambar misi Kemboja yang lepas. Semakin teruja melihat bagaimana kru misi ke-2 berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka. Tetapi jika melihat misi ke-2 mereka memang terdiri daripada orang-orang yang hebat seperti Abang Ismail, Abang Zaidi, Abang Aswad dan lain-lain lagi. Dr Dinon sempat mencabar kami untuk melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada mereka. Dalam diam saya percaya semua peserta setuju menerima cabaran tersebut. Kami juga berkesempatan bersama dengan sukarelawan yang lepas Kak Wahidah dan kawannya.
Taklimat yang diberi agak lama kerana banyak perkara yang ingin dikongsi. Aku pula sudak tidak sedap duduk memndangkan tugasan yang diberikan kepada aku masih tidak selesai lagi. Setelah selesai taklimat, aku berjumpa Dr Dinon bagi menyampaikan salam babahku kepada beliau. Dr Dinon merupakan teman serumah babahku ketika di UKM. Dr Dinon pula memberitahu bahawa Dr Soep satu ‘batch’ dengan mamaku di UKM. Yang lebih mengejutkan lagi apabila salah seorang peserta dari PBSM yang aku baru kenali (Nadrah) tiba-tiba memberitahu yang kami sebenarnya ada talian persaudaraan apabila mendengar nama mamaku. Rupa-rupanya kami sebernarnya dua pupu memandangkan ayahnya (pakcik Mannan) merupakan sepupu mamaku. Sungguh kecil dunia ini.
Setelah selesai sesi ‘jejak kasih’ tersebut, aku bergegas untuk solat Asar dan keluar bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dalam misi kali ini aku diberi tanggungjawab sebagai bendahari bersama-sama dengan Jali. Salah satu tugasan aku sebelum bertolak adalah menukar duit Malaysia kepada US Dollar. Bukannya sedikit, aku dipertanggungjawabkan untuk menukar RM13350 duit Censerve untuk perbelanjaan di sana beserta dengan duit rakan-rakan yang lain yang berjumlah dua ribu lebih. Rasa ragu-ragu juga dalam hati memandangkan jumlah yang ingin ditukar agak besar dan Ibu ada berpesan agar semua duit ditukar kepada USD itu tidak ditukar kepada jumlah yang melibihi 20USD. Tertelan air liur ku sebentar.
Aku keluar bertiga, sekali dengan Umar dan Jali. Dengan tak malu kami meminjam kereta Amar. Baru sahaja kenal, sudah mahu pinjam kereta orang. Apakan daya, aku tiada pilihan. Terima kasih kepada Amar yang sudi meminjamkan keretanya kepada kami. Dalam hati aku agak gembira kerana dapat menambah pengalaman memandu kereta yang berbeza. Setelah mengambil kereta daripada Amar di Mahallah Faruq, kami terus menuju ke Chow Hit memandangkat di sana terdapat banyak ‘money changer’.
Maka berlegarlah kami dari satu ‘money changer’, ke ‘money changer’ yang lain bagi memastikan semua wang dituker kepada US Dollar. Setelah mengunjungi 6 ‘money changer’, akhirnya kami Berjaya menukar semua wang yang diperlukan. Kadar tukaran pada mulanya adalah RM3.14/US$1, namun setelah meminta diskaun aku mendapat kadar RM.3.12/US$1. Lega rasanya, namun aku dapat merasakan dalam buat kebajikan ni, memeng ada pertolongan daripada Allah. Setelah itu, kami singgah sebentar ke Masjid Kg Baru untuk menunaikan solat. Sebanarnya ada satu kejadian yang berlaku, namun biarlah ianya menjadi rahsia kami bertiga. Kemudian kami singgah di Giant bagi membeli belon dan sleeping bag Umar. Sambil Jali dan Umar pegi membeli, aku duduk dalam kereta sambil menyantap bekal yang sepatutnya aku makan tengahari tersebut. Sebenarnya terlupa ada bawa bekal.
Kami sampai ke UIA lebih kurang pukul 9.30 malam. Namun masing-masing harus pulang bagi membersihkan diri dan membuat persiapan terakhir bagi barang-barang persendirian. Aku harus mengeluarkan beberapa pakaian dan barang-barang bagi membolehkan bag aku untuk dibawa sebagai ‘hand luggage’. Untuk tujuan itu serunding dan peralatan pisau aku ditumpang dalam bag Farah, Miilo 3in1 dalam bag Amar dan beberapa helai baju dalam bag Ikhmal.
Semua barang ditimbang dan diletakkan berdasarkan nama-nama dalam tiket. Agak menghairankan apabila Air Asia membuat perubahan yang tidak membenarkan ‘check in’ secara berkumpulan. Semua ini diuruskan oleh Cecep (usman) sambil dibantu oleh peserta yang lain. Aku pula sibuk membahagi-bahagikan duit bagi menyerahkannya kembali kepada semua perserta. Alhamdulillah kesemua duit yang ditukar mencukupi.
Menjelang 12 tengah malam, kami mengangkat barang-barang ke bulatan utama UIA. Setelah semua barang-barang dimasukkan ke dalam bas, kami bertolah ke LCCT. Pada waktu itu jam sudah mnelepasi 12.30 malam. Hampir semua peserta rombongan menaiki bas kecuali Dr Dinon, anak beliau (Maisarah), Dr Soep, anak beliau (Ariffin) dan Abang Azman. Sempat juga aku melelapkan mata dalam perjalanan tersebut.
Bersambung….
0 comments:
Post a Comment