Wednesday, December 1, 2010

Menyingkap Jendela Kemboja

Sesuatu rezeki itu bukanlah kita yang tentukan. Sebenarnya banyak perkara yang tidak disangka-sangka dating bergolek kepada kita. Inilah sebahagian nikmat Allah yang diberi kepada manusia walaupun manusia lalai daripada tanggungjawab mereka. Apa yang mahu aku kongsikan sebenarnya mengenai pengalaman saya berpijak di bumi bekas jajahan Kerajaan Champa yang sekarang lebih masyhur dengan nama Kemboja ataupun Cambodia. Secara jujurnya tidak langsung terlintas di fikiran untuk menjejakkan kaki di bumi Kemboja, namun taqdir Allah telah membuka jalan untuk saya sampai ke sana.

Aku mula mendapat tahu mengenai misi ke Kemboja apabila aku datang ke pejabat Censerve untuk satu urusan yang aku sendiri sudah lupa. Pada waktu itulah telinga ku menangkap perbualan Abg Din mengenai Misi ke Kemboja. Tanpa segan silunya aku terus mencelah “Agak-agak ada peluang tak saya nak join”, sambil tersengih. “Kalau terpilih lepas interview, boleh lah pergi”, jawab Abg Din dengan bersahaja. Dalam hati “Macam tak ada harapan je”. Memang aku tidak berharap sangat pada mulanya untuk pergi ke Kemboja kerana ada perancangan lain. Pada awalnya rancangan aku adalah untuk pergi ke Korea pada November baru-baru ini, namun disebabkan beberapa masalah teknikal, rancangan itu ditunda ke semester seterusnya. Itupun masih belum pasti lagi jadi ke tidak.

Setelah pasti program ke Korea ditunda, aku terus mesej saudara Razali di Facebook untuk menyertai misi Kemboja. “Cuba je lah, kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat, tak ada rezeki lah”. Misi ini juga menjadi bualan antara kami Management Board Inspire dan ternyata ramai yang berminat untuk turut serta sebenarnya. Tapi aku tidak pasti sama ada mereka ada mendaftar ataupun tidak.
Tertunggu-tunggu jugak jawapan daripada Censerve, dapat ke tidak sebenarnya ni. Sedang sibuk membuat assignment, aku mendapat panggilan daripada nombor UIA. Siapa pulak telefon petang-petang ni. Kalau nak diikutkan waktu bekerja dah habis memandangkan jam sudah melepai 5.30 petang. Aku pun menjawab panggilan tersebut, “Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam. Ni Farhan ke?”, tanya si pemanggil yang seakan-akan dikenali.
“Ya, Farhan bercakap”, balas ku.
“Saya Razali daripada Censerve. Tahniah anda telah terpilih untuk misi ke Kemboja. Sekarang ni saya nak tanya, confirm ke boleh join program ni?” tanya si pemanggil dengan skemanya. Aku sudah tergelak kecil, walaupun tidak begitu rapat dengan saudara Razali, namun aku tahu jugalah perangai gila-gila beliau. Dalam masa yang sama terukir senyuman di bibir. Kakak ipar yang duduk berhadapan seakan pelik melihat mimik muka yang tiba-tiba tersenyum.

“Ha yang senyum lebih-lebih ni kenapa?” tanya Kak Fizah.
“An dapat pergi Kemboja”, balas ku sambil meloncat kegembiraan.
“Alhamdulillah, padanlah senyum sampai ke telinga. Ni apa loncat-loncat ni, orang sujud syukur lah sepatutnya.” leter kakak iparku. Lantas aku terus menghadap kiblat dan sujud tanda terima kasih kepadaNya.

Bersambung…

0 comments: