Wednesday, April 7, 2010

Cinta Bukan Pada Nama

Cinta Bukan Pada Nama.....

Hari-hari yang berlalu membuatku gusar,
Nama mu yg sering ku sebut-sebut bakal hilang ditelan zaman
Hari-hariku seakan muram
Seakan keliru dengan kehendak semasa

Hatiku tertanya-tanya,
Kenapa?
Mengapa?
Bagaimana?
Bila?
Siapa?
Timbul satu demi satu persoalan dalam benak fikiranku
Silih berganti seakan tidak mahu berhenti

Bisikan halus mula bermain dalam kotak fikiranku
Aku mula mencari tempat berpaut agar aku tidak rebah
Aku mula mencari ramai agar aku tidak sepi
Mujur masih ada tangan yang setia menanti
Sedia terhulur ketika aku tidak gagah berdiri

Aku seakan mampu bernafas semula
Ku pusatkan pandangan ku ke hadapan
Endahkan saja rintangan di kiri dan kanan

Ku susun langkah baru
Ku kumpul tenaga agar berpadu
Ku mohon pada-Nya agar kita bersatu
Terus melangkah maju

Ku sedar perjuangan ini masih jauh
Kerjanya masih banyak
Dan masih ramai yang menanti

Ku takkan berhenti
Kerana ku tahu cinta bukan pada nama
Namun kerana cinta padaNya
Akan ku terus sebarkan inspirasi…

4.00 pm (18/02/2010)
Wisma Sime Darby

Updated 9.38am (23/02/2010)

0 comments: