Wednesday, April 7, 2010

Sistem pendidikan berjaya mendidik remaja untuk solat. Setuju atau tidak.

Sistem pendidikan berjaya mendidik remaja untuk solat. Setuju atau tidak.

Ketika menunaikan solat jumaat di Kg Baru baru-baru ini, melintas di hadapan saya seorang pemuda yang berpakaian ala2 rock dengan rambut yang diwarnakan. Lantas beliau ditegur oleh ‘member’ beliau, “Weh, reti rupanya kau pegi solat Jumaat”. Pantas beliau menjawab “Oii Jumaat tak ley tinggal, seminggu skali kot” sambil bergelak ketawa. Membernya terus menyerang “Pastu semayang yang lain ko tinggal kan”. Pemuda itu tersentak dan hanya mampu tersenyum kambing.

Inilah sebahagian ragam umat Islam di Malaysia dan terdapat pelbagai lagi ragam yang jauh lebih teruk daripada ini. Sangat menghairankan apabila manusia sanggup untuk melaksanakan solat jumaat yang mengambil masa yang lama (jika mendengar khutbah) dan berada dalam keadaan bersesak, tetapi meninggalkan solat2 lain yang boleh dilakukan dalam masa tidak sampai 10 minit, Namun inilah realiti yang harus menjadi cabaran para pendakwah bagi menarik kembali manusia untuk kembali mendekati solat yang merupakan tiang agama.

Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa hanya 15-20% umat Islam di Malaysia yang menunaikan solat 5 kali sehari. Manakala lebih 80% umat Islam tidak menunaikan solat secara penuh. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh semua umat Islam di Malaysia.

Pada mulanya saya sendiri meragui peratusan yang didedahkan oleh Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dalam salah satu program beliau. Namun inilah reality yang saya lihat di kalangan mahasiswa universiti dan juga pekerja2 di tempat saya melakukan latihan praktikal saya. Penglibatan saya dalam bidang fasilitator kepada remaja sekolah juga membuka mata saya untuk mula meyakini fakta ini dan merasakan kemungkinan jumlah mereka yang tidak solat ini mungkin akan terus meningkat.

Soalan ini sering saya tujukan kepada adik2 peserta program kami dan terdapat pelbagai jawapan yang diberikan oleh mereka. Dalam yang boleh dikatan ada juga menunaikan solat, rata-rata hanya menunaikan 2/3 kali solat sahaja dalam sehari. Dan ada juga yang mengatakan bahawa kali terakhir beliau menunaikan solat adalah pada kem yang lepas. Terdapat juga dikalangan peserta perempuan yang berpura2 tidak boleh solat dan akhirnya mengaku mereka sebenarnya tidak tahu untuk solat.

Inilah hasil daripada kegagalan sistem pendidikan Islam dalam Negara ini di mana anak2 hanya diajar cara-cara solat dan bukannya dididik untuk menunaikan solat. Manakan tidak, biasanya tiada usaha yang dilakukan bagi memastikan setiap pelajar menunaikan solat ketika waktu persekolahan. Selain daripada itu kedudukan surau yang tidak sratergik dan ada diantaranya tidak menyediakan kemudahan tempat berwuduk di mana para pelajar harus mengambil wudhu’ dalam tandas ataupun paip2 berhampiran.

Sepatutnya ada usaha yang lakukan bagi membendung masalah pelajar yang tidak tahu untuk solat. Mungkin perlu diadakan pemeriksaan bagi menguji pengetahuan para pelajar walaupun mereka berada di sekolah menengah dan usaha ini harus diteruskan dengan tindakan susulan bagi membantu mereka untuk menguasai ilmu solat. Namun ujian ini seharusnya dilakukan pada tahap penguasaan yang lebih tinggi berbanding dengan ujian mereka di sekolah rendah dan setiap pelajar wajib untuk melepasi ujian ini.

Hal ini termasuklah kegagalan ibu bapa yang tidak menunjukkan contoh yang baik buat anak mereka. Ada di antara ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah agama dengan mengharapkan anak2 mereka menjadi anak yang baik. Setelah mendapat didikan yang baik di sekolah, segala2nya musnah apabila pulang ke rumah dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.

Selain daripada itu, tiada usaha daripada pihak masjid bagi menggalakkan anak-anak muda untuk mendekati masjid. Usaha lebih ditumpukan untuk mencantikkan masjid selain daripada untuk tujuan pembesaran bagi menampung jumlah mereka yang dating untuk solat raya yang hanya diadakan 2 kali setahun. Biarkan sahaja mereka yang lambat ketika solat hari raya peluang untuk menginsafi diri sama ada berpanas ataupun berhujan (ini baru dunia). Bahkan tidak wajib pun untuk mereka menunaikan solat sunat ini. Bukanlah saya tidak menggalakkan orang untuk dating menunaikan solat sunat hari raya, namun adalah lebih penting untuk ada usaha daripada pihak masjid bagi mendekati para remaja. Cuba bayangkan kalau dibuat gelanggang futsal tertutup dalam kawasan masjid. Bukan sahaja dapat menarik remaja untuk dating ke masjid bahkan dapat memastikan mereka bermain dalam keadaaan menutup aurat. Pihak masjid boleh mengenakan yuran yang murah dalam masa yang sama menyediakan ruang2 tazkirah ringkas dan mungkin juga hanya memperdengarkan ceramah-ceramah menarik ketika mereka bermain. Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan bagi menarik minat remaja bagi mendekati masjid. Janganlah mengharapkan pertandingan musabaqah semata-mata bagi menarik kehadiran para remaja untuk datang ke masjid sedangkan rata-rata mereka “ummi”(tidak reti membaca dan menulis).

“Ajaklah ke jalan Tuhan kamu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan dengan cara yang baik dan berdebatlah dengan baik.”
(Surah al-Nahl : 125)

0 comments: