Tuesday, April 6, 2010

Manyelusuri Serambi Mekah 3

Hari terakhir rombongan kami berada di bumi Kelantan banyak dihabiskan di sekitar Kota Bharu semata. Setelah menjemput Ibu saya dan beberapa lagi ahli rombongan yang tiba di Kelantan menggunakan laluan  udara, kami terus bergerak menuju ke bangunan perhubungan negeri untuk satu sesi dialog bersama dengan tuan rumah. Satu tragedi yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sebahagian ahli rombongan adalah di mana sebahagian daripada mereka telah tersangkut dalam lif akibat daripada menaiki lif lebih daripada had yang dibenarkan (had maksimum 8 orang, dalam lif 13 orang). Kelam kabut jadinya. Namun dengan pertolongan pihak penganjur, lif dapat dibuka semula apabila juruteknik dating membantu. Perjumpaan diteruskan dengan beberapa perbahasan yang bernas dan membina.
 
Disebabkan tidak terikat dengan perjumpaan yang berlangsung, saya mengorak langkah untuk ronda-ronda di sekitar kawasan tersebut. Bermula dengan meninjau-ninjau kedai-kedai di kawasan berhampiran sehinggalah sampai ke pasar MPKB yang bakal diruntuhkan tidak lama lagi. Namun tiada satu barang pun yang dibeli untuk diri sendiri (haha kedekut). Saya sekali lagi datang ke pasar MPKB, namun kali ini bersama dengan ibu tercinta. Akhirnya dapat juga ole-ole untuk dibawa pulang (Mama bayar, takkan nak tolak..huhu).
 
Setelah menjamu makanan tengahari, perjalanan diteruskan menuju ke JKR 10 atau lebih dikenali dengan kediaman Menteri Besar. Di sini kami disambut oleh YB Nik Amar untuk satu sesi dialog mengenai situasi sebanar negeri Kelantan. Beberapa info menarik mengenai negeri ini dapat digarap oleh peserta rombongan. Antaranya ialah bagaimana Kelantan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan pelbagai pihak mengenai keharmonian suasana beragama walaupun berada dibawah pemerintahan Ulama’ Islam. Di Kelantan terdapat tiga patung utama Budha yang terdiri daripada patung berdiri, duduk dan berbaring. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa semua ini dibiarkan dalam masa yang sama mengatakan akan menegakkan syariat Islam secara total. Namun inilah keindahan serta keharmonian Islam yang tidak menekan atau menindas agama lain dalam memenuhi kepercayaan agama mereka. Bahkan tuan guru telah mengadakan pertemuan tahunan dengan ketua-ketua agama dalam majlis bebuka puasa sehingga ada diantara para jemputan yang bukan Islam yang turut berpuasa pada hari tersebut. Yang lebih mengejutkan, duta besar jepun telah meminta kebenaran untuk turut bersama dalam majlis tersebut pada tahun lepas dan beliau turut sama berpuasa dan mengikuti solat Maghrib berjemaah (sekadar meniru pergerakan daripada belakang). Inilah indahnya Islam.
 
Kami berangkat pulang dalam jam lima dan perjalanan lebih 10 jam amat meletihkan… 

0 comments: