Thursday, April 15, 2010

Pendedahan Seks: Realiti atau Fantasi

Ketika berada dalam sebuah program, saya duduk bersembang dengan beberapa rakan yang telah ama bergiat dalam program-program kefasilitatoran bagi remaja-remaja berisiko tinggi. Seorang daripada abg otai memulakan perbicaraan, "Ummah is falling, namun ramai di antara kita bermimpi bahawa Islam sedang menuju puncak. Ya usaha-usaha nampak begitu banyak ibarat pokok tualang yang tinggi. Akan tetapi akarnya pendek sejengkal. Ditiup sahaja bakal menumbangkan pokok tersebut."

Aku tersentak mendengar pernyataan beliau. Tidak mengapa, biar aku dengar dahulu.

Abang tersebut menambah. "Tak percaya, abg ada pergi prog untuk 70 orang pelajar darjah enam di sekolah ******. Waktu sesi muhasabah tu abg tanyalah. Berapa orang kat sini yang tengok video lucah. Ko rase brape org?"

"Mmmm.. separuh kot." Aku menibai. "Agak2 laa separuh, budak darjah 6 kot. takkan laa separuh. tak ramai pun, semua jer" dengan selamber dia menjawab. Aku menelan air liur. "Lepas tu ada masa abg korek laa. Ko tengok video lucah camne." Ada seorang pelajar menjawab " Banyak je kat ***tube ngn **** ".

Abang tersebut memandang aku. "Ko pernah dengar tak?" Abang tersebut menyoal aku. "Youtube tau laa bang." Aku menjawab. "Ah tipu laa, kalau kau tak tau, baik ko pg bunuh diri sekarang jugak" (Haha kelakar laa tu, asal aku nak kena bunuh diri plak..hehe).

Abang tersebut meneruskan cerita. "Abang tanya kat budak tu, kamu tgk video lucah tu, takkan mak bapak kamu tak tahu". Adik tersebut menjawab "Alaa saya tgk kat bilek, mana derang tau". "Kamu duduk bilik sorang-sorang ke?". "Tak adalah, saya duk ngn adik". "Habis adik tak tau"."Tau, dia pun tgk sama". "Adik kamu darjah berape?"."Darjah 4, bang". Aku cuba menelan air liur lagi, namun ternyata air liur ku sudah kering setelah berkali-kali menelan air liur.

Bayangkan kalau darjah 4 sudah mula menonton vidoe lucah. Apa yang akan berlaku lima tahun akan datang. Apa yang ingin dilihat oleh beliau pula??? Bermula daripada menonton video bersama, apa lagi yang bakal dilakukan bersama. Yang lebih teruk dan parah bukan hanya seorang yang menonton video lucah, bahkan semua yang menyertai program tersebut. Ini baru 70 pelajar dari satu sekolah, bagaimana pula sekolah yang lain.

Abang tersebut meneruskan cerita. "Tu baru muqaddimah (baru muqaddimah???). Lpas tu abang tanya. brape orang pnah guna dadah. Kau tau bape orang angkat tangan". Aku sekadar buat tak tau (malas aku nak jawab, mesti salah). "Ada laa dekat 16 orang angkat tangan. Bila aku tanya kat sorang budak tu. Kau dapat dadah dr maa? Adik tu menjawab "Abg saya punya". Abang tersebut terus mengasak "Habis abang kau tak marah ko amek dadah dia". Adik tu dengan selamber menjawab "taak, waktu tu dia tengan tidur dgn awek dia". "Abang kau umur brape". "Tingkatan 4". "Hambik kau, tingkatan 4 tidur skali dekat rumah macam suami isteri". Aku sekadar senyum tidak bermakna.

"Ada lagi", abang tersebut menyambung. "Brape orang pernah buat zina?". Beberapa tangan kelihatan di udara. Abang tersebut seakan tidak percaya. "Korang tau tak zina tu apa?". Ada diantara adik-adik tersebut menjawab. "Ala romen2 bang". "Romen-romen tu macam mana?". Ada seorang dengan beraninya menjawab "Ala cium2, pastu bagi masuk la". Aku ternganga. "Ooo, tau ye. Haa bape orang yang dah buat, angkat tangan". Abang tersebut hanya tersenyum sinis. "12 orang kau tau, 12 orang budak hingusan darja 6 dah buat ZINA". (Uish ini gila)..

Abang tersebut semakin teruja meneruskan cerita."Aku tanya kat sorang budak ni, camne kau boleh 'main' plak?". Budak tu menjawab, "mula-mula saya tgk blue ngan kak saya". "Kakak kau umur brape?". "Tingkatan 2 bang". "Lepas tu". "Tengah tgk tu kakak saya pegang..................... (sehinga ke penghujungnya). Abang tersebut menyerang aku, "Kau nak cakap apa lagi, budak umur 12 tahun dah buat zina tu dah dikira teruk. Buat zina dengan kakak sendiri tu dah gila teruk. Kakak umur 14 tahun ni yang ajak adik dia umur 12 tahun buat zina, ini gila ba*i teruk". Aku pura-pura buat selamber, Dalam hati, tuhan sahaja yang tau. Pada mulanya aku agak curiga dengan apa yang diceritakan. Betul ke, atau abang ni 'goreng' je lebih.

Ketika muhasabah, aku meminta adik2 kumpulan aku tulis apa dosa yang pernah diaorang buat sebagai pengakuan. (Sebagai dipendekkan cerita laa). Setelah dibaca. Ada 2 orang adik perempuan tingkatan dua pernah buat ringan-ringan dengan teman lelaki mereka. (cium2, peluk2 & love bite). "Ya Allah, Kau ampunilah dosa mereka, dan hindarilah mereka daripada terjebak dalam lembah kemaksiatan itu lagi". Sangat sedih dan tidak disangka2. Sekali tengok, Tidak nampak bahawa mereka ini terjebak dengan perbuatan-perbuatan seperti itu. Tetapi hakikatnya, ini bukannya sesutu yang aneh.

Kalau inilah generasi yang dilahirkan, maka tidak hairanlah gejala seks bebas, sumbang mahram, rogol dan buang bayi terus meningkat. Apakah yang akan akan berlaku pada masa akan datang? Adakah video lucah akan ditayagkan di kaca televisyen sebagaimana tayangan kartun sekarang? Tidak mustahil boleh berlaku. Andai sekarang laman-laman web ini berterusan dibenarkan untuk dilayari oleh masyarakat Malaysia. Adakah akan bertambah pasangan-pasangan yang berkesedudukan tanpa ada ikatan yang sah? Atau seks itu ibarat permainan guli yang boleh dimainkan dengan sesiapa pun tanpa mengira hubungan? Adakah kita akan menunding jari kepada pelbagai pihak? Siapakah yang bersalah? Banyak persoalan dan kemungkinan yang boleh dibangkitkan.Namun apakah tindakan kita? Di mana kita?......

0 comments: