Saturday, May 8, 2010

Penting ke Menulis?

Penting ke Menulis?

Sebagai seorang mahasiswa ataupun penuntut ilmu, kita setiap hari dihidangkan dengan pelbagai ilmu sama ada melalui kuliah ataupun aktiviti-aktiviti di luar kelas. Saya yakin dan percaya ilmu yang dikutip setiap hari itu bermakna untuk dikongsikan bersama. Hal ini kerana biasanya ilmu yg ditimba setiap hari itu bakal menjadi sia-sia jika ilmu itu tidak diamalkan atau dikongsikan bersama.

Banyak alas an yang diberikan oleh orang ramai apabila diminta untuk menulis. Antara alasan yang biasa didengar adalah:

Ala aku bukannya reti nak menulis-nulis ni”

“Kau nak suruh aku tulis apa?”

“Ah, xde keje aku. Gila apa nak menulis”

Bukan sekadar itu, malah kita pula diserang oleh mereka. Mulalah peluru-peluru berbisa dilontarkan daripada mulut mereka.

“Alaa kau jangan nak poyo laa. Hangat2 tahi ayam je tu”

“klau setakat nak jual diari diri, tak payah laa”

Namun hakikatnya penulisan merupakan suatu unsur penting dalam proses pembelajaran. Untuk mendapatkan hasil penulisan yang baik, maka kita perlu mendalami topik tersebut. Maka ilmu kita mengenai hal itu akan lebih mantap daripada sebelumnya. Selain itu kita juga akan mendapat pandangan orang lain tentang penulisan kita. Maka lebih banyak ilmu yang kita akan dapat.

Bagaimana hendak menulis?

Pertama: Pilih apa-apa tajuk yang anda rasa berminat

Kedua: Cari berkenaan tajuk tersebut sama ada dalam internet ataupun buku.

Ketiga: mulakan penulisan

Tips: Tambahkan dengan pengalaman ataupun cerita menarik.

Oleh itu sama-samalah kita berkongsi.

“Sebaik-baik kamu adalah yang bermanfaat bagi orang lain” (Riwayat Tabrani)
(Riwayat Bukhari)


1 comments:

Fatimah Rodhiah Mohd Yusof / Umi Danial said...

Sesiapa sahaja boleh menulis. Kita sudah diajar menulis sejak kita kecil lagi. Usah didahulukan alasan, utamakan usaha dan tindakan. Pasti kejayaan dapat dicapai. Insyallah! :D