Monday, May 10, 2010

INSPIRE VS Rasukan Mi***ja

 Dipetik daripada http://farm3.static.flickr.com/2112/2394014191_fdbc63db3a_o.jpg

Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh saya. Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di sekitar lembah klang. Kami daripada Inspire Club Uia telah dijemput sebagai fasilitator  Kem Motivasi dan Syahsiah di sekolah tersebut. Kem yang bermula dari hari jumaat itu dirancang untuk dijalankan sehingga hari ahad.

Rasukan Bermula

Dugaan bermula sekita 2.15 pagi pada hari jumaat. Di sebalik keheningan pagi, terdengar jeritan beberapa orang pelajar. Keadaan menjadi haru biru dengan jeritan, hilaian serta para pelajar yang lari ketakutan.


Namun tindakan pantas guru-guru dan fasilitator telah berjaya menyelamatkan keaadaan. Alunan Al-Qur’an dan zikir mula kedengaran bagi menghalau anasir yang membut kacau. Imam masjid berdekatan dipanggil untuk membantu.


Dengan pengalaman yang ada, imam tersebut hanya menfokuskan rawatan kepada ‘ketua geng’ makhluk tersebut.


“Keluar kau semua sekarang”, arah tuan imam. “Aku nak balas dendam, aku nak balas dendam”, jawab si ‘ketua’.


“Kenapa kau ganggu pelajar-pelajar ni? Kau nak balas dendam pada siapa”, tanya tuan imam. “Aku nak balas dendam pada semua”, kedengaran suara garaunya lagi.


“Kau jangan ganggu pelajar-pelajar ini lagi. Keluar kau dan kawan-kawan kau semua”.


Tuan imam membaca beberapa ayat dan memegang bahagian tertentu menyebabkan si ketua semakin panas dan menderita. Si ketua menjerit kesakitan. “Aaaargh sakit, aku keluar, aku keluar” janji si ketua.


“Kau keluar dan arahkan kawan-kawan kau untuk keluar bersama. Kalau tidak ..”, sergah tuan imam.


“Kawan-kawan jom keluar”, akhirnya si ketua menyerah kalah dan mengarahkan seluruh konco-konconya untuk keluar bersama. Mangsa-mangsa rasukan lembik setelah ditinggalkan oleh makhluk-makhluk tersebut.


Lalu imam pun mula berangkat pulang. Dalam perjalanan ke kenderaan beliau. Tiba-tiba beliau berhenti. “Ha, kau nyorok apa lagi kat sini. Keluar sekarang!” bentak tuan imam. Tercengang sahabat saya yang mengekori beliau. Mantap sungguh.


Menjelang 4.30 pagi keadaan menjadi tenang semula. Tiada lagi kedengaran suara-suara makhluk bukan manusia. Namun hal ini langsung tidak memberi jaminan kepada para pelajar maupun fasilitator untuk sambung tidur. Namun perjalanan program diteruskan.


Saya mendapat khabar tentang kejadian ini ketika tengahari apabila diceritakan oleh Che Su. Terkejut dibuatnya. Inilah kejadian pertama pelajar terkena rasukan ketika program setelah hampir 3 tahun berada dalam kelab ini. Sejarah baru tercipta. Namun cabaran ini tidak terhenti di situ.


Ikuti sambungannya dalam “Mereka” Mengganas lagi dalam entri berikutnya.  

5 comments:

aneeq said...

curious nak tahu cerita berikutnya

Muhammad Farhan Aminudin said...

try

Izzudin said...

uish, mendebarkan cara citernye..muhasabah..

Anonymous said...

boleh wat filem ni..kisah benar

Muhammad Farhan Aminudin said...

Abg Din: lamma dh kot cite ni..haha

Anonymous: Mmg kisah benar kot..