Wednesday, May 19, 2010

Aku positif dadah?



"Lapar laa man, jom gi malan kt mamak". Kata Min dalam keadaan erdesak kelaparan.


"Adui, kau ni tak habis-habis dengan mamak kau. Apa la yang mamak tu letak sampai kau ketagih sangat nak pergi makan kat restoran mamak tu". Sungut Man, namun kakinya terus menurutilangkahi Min.


"Ala bukannya selalu, aku dah lama tak pekena nasi kandaq ni. Tiba-tiba teringin pulak. Ala jom la, aku belanja". Kata Min bersungguh.


"Kalau kau belanja, aku set je. Hehe", kata Min sambil ersengih.


"Kau kalau makan free, ok aje. Senyum sampai ke telinga", usik Man.


"Biasa la tu. Rezeki jangan ditolak, bila lapar kawan yang dicari.haha".


"Banyak la falsafah kau ni Min", balas Man sambil membertulkan kerusi yang ingin didudukinya.


 Mereka duduk dan memesan makanan. Dalam manunggu Min memulakan bicara, "Lepas ni kita gi tengok orang main kereta kat dataran nak?"


"Menarik gak tu. Jom", balas Man sediit teruja.


Tidak berapa lama makanan pun sampai. Kedua sahabat tersebut meneruskanperbualan mereka sambil menikmati makanan yang dipesan. Selesai sahaja makan, mereka bergerak menuju ke dataran.


"Alamak, sekali best la plak. Ramai dowh malam ni", kata Min sedikit teruja.


Mereka mengambil port dicelah-celah orang ramai.


Tiba-tiba bunyi siren polis kedengaran. "Adui, leceh la aku", getus Min dalam hatinya.


"Takpe, kita rilek je", kata Man dengan tenang.


Pihak polis meminta semua yang ada di situ untuk membuat barisan. Sorang demi sorang diperiksa. IC disemak dan ujian air kencing dijalankan.


Min dan Man pun turut berbuat demikian. Tiba-tiba datang seorang polis berpakaian lengkap.


"Korang berdua kena ikut kami ke balai, Air kencing kamu didapati positif dadah", kata pegawai tersebut.


Mereka tercengang dan bingung. Apa sebenarnya yang berlaku?


Kejadian yang diceritakan di atas bukanlah perkara baru dalam negara ini. Terdapat banyak kes yang berlaku melibatkan isu yang sama berlaku dalam negara kita. Saya sendiri pun baru mengetahuinya dalam perbincangan saya dengan pegawai penjara ketika membuat program di Penjara Kajang baru-baru ini.


Isu penggunaan kas-kas dalam masakan mendapat perhatian meluas sejak 23 Jun lalu apabila Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof membangkitkan isu penggunaan kas-kas yang menjadi resipi tradisi utama bagi kebanyakan pengusaha makanan.

Beliau mendakwa, restoran-restoran mamak menggunakan bahan perangsang itu yang boleh menyebabkan rasa mengantuk serta memberikan kesan seperti ganja dengan menyebabkan simptom khayal dan ketagihan kepada penggemar masakan itu.

Penggunaan biji kas-kas terus menjadi isu hangat di kalangan masyarakat apabila dimaklumkan bahawa ia berasal daripada biji pokok popi atau nama saintifiknya papaver somniferum, pokok yang getah daripada bunganya itu menghasilkan candu.

Menurut Dr. Mahmud, makanan yang mengandungi kas-kas boleh menyebabkan ujian air kencing positif untuk dadah morfin. ``Malangnya bukan sahaja kandungan kas-kas yang banyak sahaja boleh menyebabkan ini berlaku. Namun, ada juga kas-kas walaupun kandungannya kecil sahaja tetapi boleh menyebabkan ujian air kencing positif untuk morfin (bergantung dari mana kas-kas itu didapati),'' katanya.

``Ia boleh menyebabkan ujian air kencing untuk dadah jenis opiat positif iaitu candu, kodeina, ubat pelali (morfin), dan dadah heroin,'' kata Dr. Mahmud.

Mengulas lanjut, ujian air kencing seseorang itu boleh positif dari dua hingga 24 jam selepas pengambilan makanan yang mengandungi kas-kas.

Bagi menentukan sama ada ujian air kencing positif ini adalah akibat kas-kas atau dadah heroin, terdapat satu ujian khas GC-MS yang digunakan.

``Sekiranya ada kas-kas, ujian ini akan menunjukkan kandungan thebaine. Jika akibat dadah heroin atau morfin - ia tiada kandungan thebaine sebaliknya mempunyai kandungan 6-0-monoacetylmorhine,'' katanya.

Jelas beliau lagi, terdapat banyak ujian dilakukan bersabit bahan makanan yang mengandungi kas-kas. Jika kas-kas digunakan sebagai perasa makanan, ia memerlukan bukti sahih tidak menyebabkan ketagihan.

``Secara teorinya, bahan kas-kas sebanyak satu kilogram sehari boleh menyebabkan ketagihan. Tetapi, adalah sesuatu yang mustahil untuk mengambil jumlah sebanyak itu kerana bahannya pahit, sukar didapati serta mahal,'' katanya.

Ditanya kesan jangka panjang daripada penggunaan kas-kas, Dr. Mahmud mengatakan, buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan ia mendatangkan kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman orang ramai, tiada kesan negatif daripada bahan ini.

``Masalah utama dengan makanan berupa nasi dan kari adalah kandungan karbohidratnya yang tinggi. Ia boleh menyebabkan mengantuk dan ini susah untuk membuktikan bahawa kas-kas yang menjadi puncanya (boleh menyebabkan mengantuk),'' katanya.

Sementara itu, memetik kenyataan Pengarah Pusat Kawalan Doping (DCC), Prof. Aishah A. Latiff ketika ditemui Utusan Malaysia di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini:

``Berbeza dengan morfin yang ditagih manusia berupa serbuk putih serta telah diabstrak daripada getah popi, kandungan morfin dalam kas-kas hanyalah dalam bentuk semula jadi menerusi penyerapan usus.

``Sebab itu morfin dalam kas-kas tidak boleh melingkar dalam sistem badan dan kemudaratannya tidak akan kekal,'' katanya.

Rumusannya, walaupun kas-kas adalah biji daripada pokok popi yang menghasilkan bahan ketagihan, kas-kas tidak menagihkan tetapi boleh menyebabkan ujian air kencing positif untuk morfin.

Apa itu kas-kas dan kegunaannya

Kas-kas adalah biji daripada bunga pokok popi yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya.

Kas-kas ini diambil apabila bunga popi sudah masak dan tidak mengandungi bahan opium, tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi, kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta.

Itulah serba sedikit penerangan tentag kas-kas yang digunakan sebagai rempah dalam masakan.


Namun saya ingin berpesan kepada semua bahawa layanan kepada kita apabila didapati positif dadah mungkin tidak sama. Kehidupan dalam lokap juga bisa membuatkan sesorang itu sanggup untuk mengaku apa sahaja kesalahan yang dituduh pada diri seseorang itu.


Maka apakah yang perlu dilakukan bai mengelakkan diri kita daripada masalah ini? Yang paling penting adalah untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat atau golongan-golongan yang menjadi sasaran polis untuk melakukan serbuan. Menghindar itu sudah pasti lebih baik daripada kita harus menghadapi keadaan di atas.


Akantetapi, malang tidak semestinya berbau. Oleh itu dapatkan hak-hak kita apabila ditangkap oleh pihak polis.


Apakah hak-hak yang ada bai seorang tahanan:


1) Mengetahui kesalahan yang dilakukan sebelum penahanan dijalankan


2) Mendapat peluang untuk menghubungi keluarga agi memberitahu keadaan yang berlaku atau mendapatkan peguam bagi mewakili diri kita.


Walau apa pun yag lebih utama adalah untuk memohon kepada Allah agar kita terhindar daripada apa sahaja masalah kerana tiada sesuatu pun yang lebih berkuasa daripada-Nya. WAllahu a'lam.

13 comments:

Atiq-chan said...

Makan pon kena jaga. Makanan ada lah salah satu sumber yg akan menentukan diri kita. Baikla masak sendiri... nasi n kicap pon dah cukup sodap!

Muhammad Farhan Aminudin said...

setuju dengan keli bru.. lagi2 klau mak buat keli bakar.. umm.. mantap..

Anonymous said...

very educational..

Muhammad Farhan Aminudin said...

very educationa.
maksudnya positif atau tidak berapa positif?

hafiz said...

orang orang AADK patut baca post macam ni.Kadang-kadang budak budak yang melepak tu baru habis pekena nasi kandar dengan gulai mamak.

Mommy ChomBee said...

terima kasih diatas info anda.

Anonymous said...

lepas tu brape lama air kencing akan menjadi negatif semula

isan teraniaya said...

salam sy pon baru terkena mcm ni siap kene tdo lokap semalam padahal spnjg hidup saya x penah sentuh dadah pon.dan sblm kena urine tu memang lunch makan nasi dalca kari kambing kat mamak.kepada penulis sy nak tanya mcm mana nasib kwn2 yg positif tu?sy takut ni sbb hujung bulan polis ckp akan tau result dari hospital pnya lab.

Hamba ALLAH said...

Macamna nak kasi negatif balik..susahla nak dpat kerja asyik2 result positif drug dlm urin test..mmg akan boikot la nasi kandaq ni patutla...asyik2 nk pekena nasi kandaq ja..ni kes nayaa.. :(

Hamba ALLAH said...

& xlogikla...saya bukan nya seorang smoker. Or kaki clubbing ke apa ke..saya pun badan chubby...mcm xmasuk di akal yg saya ni bila melakukan urin test result show positif drug :((
Ada x siapa2 tahu? Bgi balik neutral. .cuz ada member saya sorg tu suruh makan tawas tapi bila dibaca balik pasal khasiat tawas tu..dia akan bahayakan buah pinggang..

Unknown said...

Macam mana xnak bagi kantoi test air kencing jenis dadah heroin..bape lame nak bagi bersihkan dlm bdan?

Unknown said...

Macam mana xnak bagi kantoi test air kencing jenis dadah heroin..bape lame nak bagi bersihkan dlm bdan?

Unknown said...

Maaf nak tanya, bagaimana kesudahan kes tuan ni ye? Anak sy memghadapi situasi yg sama. 14/10 ni baru tau hasil lab test..