Monday, May 10, 2010

“Mereka” Mengganas Lagi

Sebelum Maghrib pada sabtu (8/5) saya sekali lagi mendapat berita tentang kekacauan di sekolah tersebut. Ketika itu saya berada di Stadium Melawati Shah Alam untuk menghadiri program lifeline4Gaza. Tidak senang duduk saya dibuatnya apabila memikirkan kesusahan yang dilalui oleh sahabat-sahabat. 

Ceritanya begini. Mengikut perancangan, pada petang sabtu akan diadakan explore race. Maka terujalah sekalian pelajar termasuklah fasi-fasinya sekali. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Selesai sahaja solat asar dalam persiapan untuk explorace bertempik lah segala makhluk yang tidak diundang tersebut. 

Keadaan sekali lagi menjadi kelam kabut. Namun kali ini tuan imam segera dipanggil. Lalu datanglah tuan imam bagi menenangkan keadaan. Semua mangsa diletakkan di kawasan tengah dewan. Imam tersebut ibarat mengikat mangsa-mangsa tersebut dengan membuat garisan menggunakan bahagian belakang pisau. 

Mangsa dibaringkan. Lalu tuan imam menggariskan atas tangan dan kaki mereka hingga menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Rawatan diberikan kepada seorang demi seorang. Namun dua mangsa yang paling hebat, diasingkan di atas pentas. 

Imam meminta kedua-dua jin yang paling ganas tersebut untuk bertumbuk antara satu sama lain. Maka berlakulah ‘malam mistik’ bagi menggantikan malam kebudayaan yang telah dirancang. Kedua-dua jin tersebut mula bertumbuk untuk beberapa ketika dan akhirnya kedua-duanya tumbang di atas pentas. Lalu imam tersebut terus memagar kawasan pentas tersebut dan merawat kedua-dua mangsa. 

Namun segala ini tidak disaksikan oleh saya memandangkan saya tidak berada di kawasan terbabit. Namun cerita-cerita ini saya dapatkan melalui kawan dengan sanad yang sahih. 

Saya tiba di kawasan sekolah tersebut pada jam 11 lebih. Seram sejuk jugak dibuatnya memandu seorang diri ke kawasan tersebut. Setibanya di sekolah, keadaan telah tenang dan para pelajar sedang dikumpulkan untuk satu lagi sesi bersama ustaz yang dipanggil. 

Keadaan malam tersebut tenang tanpa ada sebarang gangguan. Namun apa yang menyedihkan tinggal lah saya seorang yang berjaga malam memandangkan kesemua fasi keletihan disebabkan berjaga pada malam sebelumnya. Bagi mengelakkan perasaan seram, saya menggunakan masa dengan membaca ayat-ayat Al-Qur’an. 

Alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga semua peserta dan fasilitator dikejutkan untuk Qiyamullail. Usai Qiyamullail, perjalanan program diteruskan dengan Solat subuh dan tazkirah. 

Pagi ahad diteruskan dengan menjalankan aktiviti explore race yg tertunda semalam. 

Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya ikuti entri berikutnya Pertarungan kita belum berakhir! 


sambungan daripada entri INSPIRE VS Rasukan Mi***ja 


5 comments:

Like.No.Other said...

seram saya membacanya....
inilah kali pertama terjadi pada ahli inspire club...
tahniah dan syabas kpd ahli2 fasi yang mengharunginya dgn tabah...
gud luck...walaupun saya tidak berada di sana,tp saya dpt rasakan semangat kamu semua...:)
meremang bulu roma membacanya...hehhehe

Nes Zinatulhayah said...

yeke abg paan xtid0w?
mase gi Qiamullail, tg0k2 semua kaum Adam terbaring lena jer..=)

Muhammad Farhan Aminudin said...

Alhamdlillah mereka berjaya menghadapi cabaran ini..
n yg paling menggembiraan, mereka tidak nampak seperti serik..

Abg Farhan tak tido laa..
bg Farhan just baring jer..
Abg Farhan sedar watu adik-adik pg kejut adik2 perempuan...

Anonymous said...

bile na ad next entry..?cpt la abg paan..

Muhammad Farhan Aminudin said...

entri baru sudah tersedia.. sila laa menjamahnya...