Pada malam sebelumnya pengetua sekolah telah membenarkan mana-mana pelajar yang ingin pulang agar pulang ke rumah masing-masing. Maka pulanglah sejumlah pelajar termasuklah dua orang mangsa yang boleh dikatakan paling kritikal.
Memandangkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada sabtu malam dan juga kedatangan dua orang ustaz yang telah memagar kawasan sekolah, maka program diteruskan pada pagi ahad.
Meskipun terdapatnya riak-riak keletihan di wajah peserta serta fasilitator, namun itu tidak menghalang mereka untuk meneruskan program. Tambahan pula aktiviti seterusnya ialah aktiviti explorace yg tertunda semalam. Maka meloncatlah sekalian makhluk-‘makhluk’ di situ. (hiperbola di situ)
Alhamdulillah, explorace berjalan dengan lancar. Adik-adik yang lemah semangat pun sudah kelihatan bersemangat semula. Lega rasanya.
Memandangkan kali terakhir saya menjamah makanan adalah pada petang sabtu, itupun sekadar makanan yang tidak terlalu berat, maka perut mula berkeroncong. Melihat nasi goreng sahaja telah membuatkan diri ini berasa begitu berselera. Namun laluan diberikan kepada peserta program untuk mengambil makanan terlebih dahulu.
Dalam kesempatan itu, saya meninjau ke meja para peserta untuk beramah mesra. Baru sahaja kaki ini melangkah…
“Warghh.. Arghh.. Gedebuk”. Satu demi satu peserta mula naik minyak. Diri ini tergamam sebentar. Ya Allah.
“Angkat! Angkat diaorang, jauh dari yang lain”, perintah cikgu kepada kami. Aku masih lagi tidak bertindak. Beberapa peserta dengan pantasnya mengangkat mangsa yang mengamuk.
“Yang lain pergi jauh”. Ujar cikgu lagi. Kelihatan seorang cikgu memegang seorang mangsa perempuan yang kelihatan agak ganas.
“Lepaskan aku! Lepaskan aku!”, jerit ‘adik perempuan’ tersebut.
Saya mendekati seorang adik lelaki yg terbaring di satu kawasan setelah dibawa oleh kawan-kawannya. Dengan bersahaja mereka mengingatkan mangsa supaya mengingati Allah. Beberapa tepukan di muka mangsa diberikan bagi menyedarkan dirinya. Aku mula membaca beberapa ayat Al-Qur’an yang terlintas di fikiran.
Setelah melihat adik lelaki tersebut tidak mengamuk, aku menuju ke arah adik perempuan yang agak ganas tadi. Adik perempuan tadi diletakkan di dalam surau. Aku membaca beberapa ayat. ‘Adik perempuan’ tersebut menutup telingan seakan tidak mahu mendengar.
Aku meminta sahabatku che su agar cuba merawat mangsa. Aku meneruskan bacaan. Manakala che su memegang mangsa dengan niat ingin mengeluarkan makhluk tersebut.
“Berhenti! Berhenti! Aku cakap berhenti. Arghhh Sakiiit.”
Beberapa orang pelajar yang agak berani memasuki surau untuk menolong. Cikgu cuba menghalang mereka namun mereka bertegas untuk menolong.
Mereka memegang mangsa dan meletakkan buku yasin di muka adik perempuan tersebut.
“Ambik kau”. Kata seorang daripada mereka sambil menekan-nekan buku yasin tersebut pada muka adik perempuan tersebut.
“Arghh sakit laa bodoh”, kata makhluk tersebut. “Kalau kau sakit, keluarlah sekarang”, kata seorang daripada peserta yang ada di situ. “Jangan kau ganggu anak adam lagi”, tambah yang lainnya.
“Kau siapa? Kau bapak dia ke”, jawab makhluk tersebut. “Aku kawan dia. Baik kau keluar sekarang. Kalau tak aku amek pisau, bunuh kau”. Kata yang lain dengan beraninya.
“Kalau kau bunuh aku, kawan kau mati jugak. Aku dah kata kalau korang teruskan jugak, aku akan ganggu korang”, jerit makhluk tersebut dengan suara garau sambil memandang dengan begitu tajam sekali.
Beberapa soalan diajukan kepada makhluk tersebut. Soal jawab pun berlaku seakan bergurau senda antara pesert-peserta di situ dan makhluk tersebut. Nampak begitu ‘ramah’ sekali.
Dalam masa yang sama terdengar sahutan jeritan mangsa-mangsa yang dikumpulkan di dewan. Seakan berlaku pertarungan sengit di sana.
“Zila tolong aku”, jerit makhluk tersebut yang tidak mendapat balasan.
Saya yang pada mulanya berundur sedikit dek reaksi adik-adik tersebut mula bertegas agar mereka membaca ayat al-qur’an bukannya bergurau senda dengan makhluk tersebut. Beberapa orang daripada mereka mengikut arahan saya manakala selebihnya masih terus berdegil.
Tiba-tiba mangsa diam tidak bergerak. Sangka diri ini bahawa mangsa seakan pulih. Namun adik-adik peserta yang telah melalui keadaan yg sama selama dua hari yang lepas nampaknya lebih berpengalaman.
“Ooo kau berlakon yek? Tak payah laa nak berlakon. Kau tipu kan”, bentak seorang daripada mereka sambil menggoyangkan muka mangsa. ‘Adik perempuan’ tersebut berpaling sambil tersenyum dan tersengih dalam keadaan yang sinis. Dia terus memandang orang di sekeliling dengan pandangannya yang semacam. Sambil tergelak dengan suara gelak yang seakan menyindir. Sampai sekarang masih terbayang-bayang wajah ‘adik’ tersebut.
“Kau nak apa? Siapa tuan kau?” tanya seorang guru yang mula masuk campur.
“Aku nak balas dendam. Aku nak balas dendaaammm.” Jawab makhluk tersebut.
“Kau nak balas dendam pada siapa?” tanya guru tersebut lagi.
“Pada semua. Aku dah bagi amaran. Korang tak nak dengar. Sekarang lepaskan aku”. Jerit makhluk tersebut sambil cuba melepaskan diri.
“Cepat azan sekarang”, suruh cikgu tersebut kepada salah seorang peserta.
Salah seorang bangun melaungkan azan sambil ‘adik perempuan’ tersebut meronta-ronta mintak dilepaskan.
Namun ‘adik’ tersebut sedikit tenang ketika pertengahan azan dilaungkan. Habis sahaja azan dilaungkan, ‘adik’ tersebut memandang ke atas. “Dah habis? Tu je”, sindir makhluk tersebut. Geram rasanya dalam hati melihat reaksi makhluk tersebut.
Saya mula beredar daripada surau. Dalam hati ini timbul sedikit perasaan kecewa kerana tidak dapat membantu. Lantas diri ini bertindak nekad menghubungi beberapa ustaz yang dikenali. Ada yang tidak dapat datang atas beberapa hal ataupun berada di luar kawasan. Namun sedikit kelegaan apabila ada yang sudi hadir walaupun meminta masa untuk bersiap dan perlukan masa untuk tiba di sekolah tersebut.
Bateri telefon bimbit ku pun sudah nyawa-nyawa ikan, sedangkan di dewan pelbagai jeritan kedengan. Kelihatan muka beberapa pelajar dan fasi yang keletihan.
Ya Allah adakah aku cukup kuat untuk menghadapi semua ini. Berikan diri ini kekuatan ya Allah. Hanya pada-Nya mampu aku berserah.
Namun aku sedar sumbangan aku masih diperlukan. Aku mula melangkah ke sekumpulan mangsa di dewan.
Ingin tahu sambungannya, sila ikuti entri berikunya "Pertarungan sengit"
Sambungan daripada entr bertajuk “Mereka” Mengganas Lagi
Wednesday, May 12, 2010
Pertarungan kita belum berakhir!
Posted by Muhammad Farhan Aminudin at 8:32 PM
Labels: Pengalamanku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
abg paan ni np buat cite sambung2..tulisla terus..sy mempunyai daya curiosity y sgt tggi..
Post a Comment