Rawatan dimulakan. Ustaz serta ahli kumpulannya mula membaca beberapa ayat-ayat Al-quran. Dalam masa yang sama berbelas pasangan mata tertumpu ke arah mereka untuk melihat apa yang balik berlaku.
Selepas lebih kurang sepuluh minit membaca ayat-ayat Al-Qur’an disekeliling mangsa-mangsa. Salah seorang ustaz tersebut meniup jari beliau dan menyentuh lutut salah seorang mangsa.
“Aaargh”, jerit ‘adik’ tersebut. Hal yang sama dilakukan pada mangsa yang lain Dan hampir semua mangsa memberi reaksi yang sama.
Lalu ustaz tersebut membaringkan salah seorang mangsa. Sambil meneruskan bacaan, ustaz tersebut sekali lagi meniup jari beliau. Lalu beliau membuat garisan diatas badan mangsa.
“Aaargh”. Terangkat tubuh mangsa sambil mongering kesakitan.
Ustaz tersebut mengulangi perbuatan itu beberapa kali. Kemudian beliau duduk di sebelah mangsa lalu memegang perut mangsa.
“Siapa kau?” tanya ustaz kepada makhluk tersebut.
“Waaargh, sakiit” ronta ‘adik’ tersebut kesakitan.
“Siapa nama kau? Kenapa kau ganggu budak-budak ni?” sola ustaz lagi.
“Aaaargh sakit. Aku nak balas dendam. Aku nak balas dendam”, jawab makhluk tersebut.
“Apa yang diaorang dah buat yang kau marah sangat ni?” kata ustaz tersebut sambil menekan perut mangsa.
“Aku dah kata jangan teruskan, diaorang teruskan jugak”, kata’nya’ lagi.
“Kenapalah kau ganggu budak-budak ni. Pergilah kacau orang yang pergi kelab malam ke” ustaz tersebut menyambung.
Ustaz tersebut membuat garisan silang seperti membuat pangkahan di dada mangsa.
“Aaargh, Aargh. Aargh.” Jerit makhluk tersebut setiap kali garisan dibuat.
Sekali lagi ustaz tersebut memegang perut mangsa.
“Aaarghb. Sakit, sakit” jerit makhluk tersebut dengan lebih kuat.
“Kalau tak nak sakit, kau keluar sekarang”, kata ustaz tersebut sambil menekan perut mangsa dengan lebih kuat.
“Aaarghh. Aku keluar, aku keluar.” Kata makhluk tersebut dalam keadaaan semakin lemah.
Ustaz tersebut menggosok daripada perut mangsa hingga ke leher mangsa sambil berkata:
“Kau ikut tangan aku dan keluar daripada budak ni”. Ustaz tersebut mengulani perbuatan tersebut sambil membaca ayat seribu dinar.
“Hembus keluar semua sekali”, arah ustaz tersebut. Adik tersebut tiba-tiba lembik.
Kemudian ustaz tersebut memegang kaki adik tersebut.
“Aaarghh”, jerit adik tersebut.
“Ha, Kenapa tak keluar habis lagi. Kau keluar sekarang.” Arah ustaz tersebut. Ustaz tersebut menggosok daripada peha mengsa hingga ke jari-jemari kaki beliau sambil membacakan ayat seribu dinar.
Sekali lagi adik tersebut menjadi lembik. Ustaz tersebut memicit bahu adik tersebut.
“Aaarghh” jerit makhluk tersebut lagi.
“Ooo kau main-main yei”. Ustaz tersebut menekan perut mangsa lagi.
“Aaargh, sakit. Aku keluar, aku keluar”
“Kalau kau tipu lagi siap kau”
Ustaz menggosok perut mangsa hingga ke leher sekali lagi.
Sekali lagi adik tersebut menjadi lembik. Ustaz tersebut menekan beberapa bahagian badan adik tersebut bagi memastikan yang makhluk tersebut sudah keluar sepenuhnya.
Beliau menepuk-nepuk tapak kaki mangsa. Namun apabila beliau menekan tapak tangan mangsa, sekali lagi ‘adik’ tersebut menjerit.
“Ni kenapa tinggalkan sikit lagi. Kau nak mati ke. Kau keluar sekarang. Keluar bagi habis. Kalau tidak siap kau.” Ustaz tersebut memberi amarah terakhir.
Kali ini adik tersebut terkulai lembik. Seakan-akan seperti mayat. Aku dan seorang lagi sahabat aku diarahkan untuk memindahkan mangsa ke kawasan berdekatan. Mangsa diberi minum air penawar yang telah dibacakan ayat-ayat penawar.
Rawatan diteruskan kepada mangsa-mangsa yang lain. Ada yang memuntahkan sesuatu, ada yang tidak begitu agresif dan ada juga yang berdegil tidak mahu keluar daripada badan mangsa-mangsa tersebut.
Tidak disangka kesemua mangsa yang Nampak seperti pulih tadi sebenarnya belum pulih.Makhluk tersebut hanya berlakon dan membiarkan mangsa untuk sedar. Namun hakikatnya ‘mereka’ masih berada dalam badan mangsa.
Alhamdulillah dengan izin Allah rawatan yang dijalankan berhasil. Ustaz memberi cadangan kepada ustazah sekolah tersebut untuk membuat bacaan ma’thurat oleh semua pelajar muslim serta guru-guru selama 40 hari bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.
Ustazah sekolah tersebut ada bertanya kepada ustaz tersebut bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapa yang menghantar makhluk-makhluk tersebut. Ustaz menjawab perkara ini boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Meskipun makhluk tersebut ada mengatakan bahawa mereka dihantar oleh si fulan dan si fulan. Namun jawapan mereka berbeza antara satu sama lain.
Ustaz menegaskan agar kami tidak mempercayai kata-kata makhluk tersebut kerana sesungguhnya mereka memang penipu.
Jika kita lihat sebenarnya telah banyak manusia yang menjadi mangsa penipuan makhluk-makhluk ini. Lihatlah berapa banyak hubungan terputus samaada ianya hubungan suami isteri, hubungan anak dan ibu bapa dan kekeluargaan.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 102:
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.”
Hal ini juga bertepatan dengan hadith di bawah.
“Dari Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mempertaruhkan daku untuk menjaga hasil zakat ramadhan. Maka datang kepadaku satu lembaga mengambil sedikit daripada makanan tersebut lalu aku tangkap akan dia seraya berkata: Aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w. Ia menjawab: Lepaskan daku, sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga dan amat kesempitan. Lalu aku lepaskan dia. Di pagi hari Nabi s.a.w. telah bertanyakan kepadaku: Wahai Abu Hurairah apa yang telah dilakukan oleh tawananmu malam tadi?Aku jawab: Ya Rasulullah, ia telah mengadu mempunyai hajat yang sangat bersangatan dan mempunyai keluarga lalu aku merasa belas dan melepaskannya. Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah menipu kau. Dia akan datang lagi… Aku tahu dia akan datang lalu aku hendap. Maka ia datang mengambil sedikit makanan tadi lalu aku tangkap.. Aku berkata: sesungguhnya aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah. Ia menjawab: Lepaskan aku: Sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga. Aku tidak akan datang lagi. Aku merasa belas lalu melepaskannya. Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah menipu kau dan ia akan datang lagi. Aku hendap dia buat kali ketiga. Ia telah datang dan mengambil sedikit makanan lalu aku tangkap akan dia. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah akhir kali ketiga engkau berjanji tidak akan datang. Maka ia pun berkata: lepaskan daku… aku akan ajrkan dikau dengan kalimah-kalimah.. Allah akan memberi manfaat dengan kalimah itu.. Aku tanya: Apa dia? Dia menjawab: Apabila engkau baring atas tempat tidurmu… hendaklah engkau baca ayat Al Kursi hingga akhir ayat. Sesungguhnya engkau tidak henti-hentinya bersamamu penjagaan dari Allah. Tidak akan menghampiri dikau syaitan hingga subuh. Lalu aku pun melepaskan dia. Waktu pagi Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku: Apa yang telah dilakukan tawananmu malam tadi? Aku jawab: Wahai Rasulullah, ia telah berjanji hendak mengajar aku kalimah-kalimah yang memberi manfaat oleh Allah dengan ayat tadi lalu kulepaskan dia. Baginda bertanya: Apa dia? Aku jawab: Ia berkata kepadaku: Apabila engkau baring atas tempat tidur, engkau hendaklah membaca ayat Al-Kursi dar awalnya hingga tamat. Ia juga berkata kepadaku: Tidak berhentinya bersamamu penjagaan dari Allah dan syaitan tidak akan menghampiri dikau sehingga subuh. Awak sentiasa dapat perlindungan. Nabi s.a.w. menjawab: Sesungguhnya ia telah berkata benar kepadamu walaupun dia pembohong. Adakah awak tahu siapa yang bercakap sejak tiga malam lepas wahai Abu Hurairah? Ia menjawab: Tidak. Kata Rasulullah s.a.w. Itulah syaitan.”
Maka jelaslah bahawa kita sebagai manusia tidak boleh mempercayai kata-kata makhluk ini kerana memamg tujuan mereka adalah untuk memutuskan sillaturahim. Hal ini kerana seseorang yang memutuskan sesuatu hubungan itu tidak akan masuk syurga.
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)
Selain daripada itu, apabila ditanya kepada kesemua mangsa adakah mereka menunaikan solat. Kesemuanya menjawab bahawa mereka tidak menunaikan solat secara penuh. Inilah titik kelemahan yang bias dijaikan senjata kepada makhluk tersebut untuk mengganggu manusia.
Oleh itu saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian.
Ada yang mahu tinggalkan solat lagi?
Sambungan daripada post Pertarungan Sengit
Friday, May 14, 2010
‘Mereka’ Tumpas Akhirnya
Posted by Muhammad Farhan Aminudin at 2:22 PM
Labels: Pengalamanku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
best!!!
mantap r abg paan...
terbaik punyer..
nasihat n pgajaran d sebalik penceritaan..
ade bakat jd penulis nih..
watle satu n0vel islamik..=)
nak menulis novel tu belum terfikir lagi..
tapi klau ada perkara yang ingin ditulis, apa salahnya..
apa-apa pun t.kasih sebab sudi membaca..
great story..rasa mcm ad kt sn je..it obviously come from great person..~time kasih kerana menulis..believe that ur writing is inspired people, coz i am..
t.kasih atas semangat yang diberi...
Post a Comment