Wednesday, May 26, 2010

Rahsia disebalik Fatihah


Surah Al-Fatihah merupakan satu surah yang tidak mungkin lekang daripada mulut setiap individu Muslim memandangkan ianya merupakan suatu rukun dalam solat. Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar memahami isi kandungan surah Fatihah yang dibaca. Selain daripada itu adakah kita sedar bahawa sebenarnya setiap ayat yang kit abaca itu dijawab oleh Allah s.w.t. Di bawah saya kongsikan sebuah hadith berkenaan dialog Al-Fatihah antara manusia dan Allah.

Dialog Allah dengan hambaNya

Dalam pembacaan surat Al-Fatihah, terjadi sebuah dialog antara seorang hamba dengan Tuhannya, walaupun memang tidak banyak dari mereka yang sedar dan merasa terlibat dalam dialog itu.

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:

قَالَ تَعَالى: قَسَّمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ نِصْفَيْنِ، وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ؛ الْحَمْدُ للهِ رَبّ الْعَالَمِيْنَ، قَالَ اللهُ تَعَالى؛ حَمِدَنِيْ عَبْدِيْ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ؛ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ، قَالَ اللهُ تَعَالى؛ أَثْنى عَلَيَّ عَبْدِيْ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ؛ مَالِكِ يَوْمِ الدّيْنِ، قَالَ اللهُ تَعَالى؛ مَجَّدَنِيْ عَبْدِيْ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ؛ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ، قَالَ اللهُ تَعَالى؛ هذَا بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ؛ إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ صِرَاطَ الَّذِيْنَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّالِّيْنَ،َ قَالَ اللهُ تَعَالى؛ هذَا لِعَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَل.

“Allah Ta’aalaa berfirman;
Kubagi shalat itu menjadi dua bagian, antara bagaianKu dan bagian hambaKu.

Apabila hamba itu berkata, ‘Alhamdu lillaahi rabbil’aalamiin’ (segala puji bagi Allah)
Maka Allah Ta’aalaa berkata, ‘hambaKu telah memujaku’.

Apabila hamba itu berkata, ‘Arrahmaanir rahiim’ (Yang Maha pengasih lagi Penyayang)
Maka Allah Ta’aalaa berkata, ‘hambaKu telah memujiKu’.

Apabila hamba itu berkata, ‘Maaliki yaumid diin (Yang Menguasai hari pembalasan)’
Maka Allah Ta’aalaa berkata, ‘hambaKu telah menga-gungkan Aku’

Apabila hamba itu berkata, ‘Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin’(kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan)
Maka Allah Ta’aalaa berkata, ‘ini adalah bagian antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apapun yang ia minta’.
Apabila hamba itu berkata, ‘Ihdinash shiraa-thal mustaqiim dst.’ (Tunjukkan-lah aku ke jalan yang lurus dst.),
Maka Allah ‘Azza wa-Jalla berkata, ‘ini adalah bagian hambaKu, dan baginya apapun yang ia minta’.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim, Al-Imam Abu Dawud dll. Hadits ini disebut Hadits Qudsiy, yaitu sabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam yang meriwayatkan firman Allah ‘Azza wa-Jalla (firman selain Al-Qur’an).

Kesimpulannya

Setelah menyedari akan hal ini, adakah kita akan membaca fatihah dengan sambil lewa?