Aku mengorak langkah kea rah salah seorang mangsa. Meskipun diri ini nampak tenang namun secara batinnya tiada siapa yang tahu betapa gusarnya hatiku pada waktu itu. Aku cuba mengingati kata-kata seorang ustaz yang baru sebentar tadi aku hubungi.
Beliau menyarankan aku agar tidak panik. Tetapi aku tidak panic sebenarnya. Diri ini sebanarnya risau dan kasihan terhadap adik-adik yang menjadi mangsa. Beliau juga sempat memberikan aku beberapa cara sebagai usaha untuk memulihkan adik-adik di situ.
Aku berhadapan dengan salah seorang daripada mangsa yang berada di dewan. Baru sahaja hendak duduk membantu, tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku harus berwudhu, dahulu sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau tidak, tak pasal-pasal aku menjadi mangsa.
Aku bergerak ke tempat wudhu’ di tepi surau. Meskipun tandas lebih dekat berbanding surau namun aku kurang yakin untuk pergi ke tandas. (Takutkah aku??)
Selesai mengambil wudhu’, aku menghampiri salah seorang mangsa lelaki. Nampaknya hanya tinggal adik lelaki itu sebagai mangsa tunggal daripada kaum adam.
Kawan-kawan yang berada di sekelilingnya juga seakan sudah berputus asa untuk membantu. Mereka hanya memegang mangsa dan memandang aku seakan meminta bantuan. Aku merapati mangsa, betul-betul di bahagian kepalanya.
Aku meminta sebotol air untuk kegunaanku. Aku mula membaca ayat kursi serta beberapa ayat yang lain. Aku mencengkam muka mangsa dan memicit kedua bahagian tepi dahi beliau. Ustazku berpesan, apabila jin masuk ke dalam manusia ia akan menjadi lemah dan akan merasa setiap kesakitan yang melanda bahkan lebih sakit daripada manusia.
Tatkala aku menguatkan picitan aku sambil membaca beberapa ayat, ‘adik tersebut menjerit sambil kepalanya diangkatkan. Bulatan hitam matanya tidak kelihatan. Badannya terangkat-angkat seperti mahu melepaskan diri daripada pegangan kawan-kawannya.
Aku meminta sedikit air untuk aku sapukan pada muka mangsa. Hal ini dilakukan kerana sesungguhnya jin itu berasal daripada api, dan air adalah lawan yang paling sesuai untuk api. Lagipun ustaz itu berpesan agar tidak membiarkan mangsa tidur selagi dirinya tidak betul-betul sembuh.
Aku mengulangi tindakanku tadi sekali lagi. Namun makhluk tersebut seperti separuh jalan sahaja mahu keluar. Seperti tersekat-sekat. Aku mengalihkan tangan aku ke bahagian atas kepala mangsa. Aku melipat jariku seperti mahu menduku mangsa. Lalu aku tekankan tepat di tengah-tengah kepala mangsa.
“Aaaarghhh terangkat seluruh anggota mangsa”. Aku meneruskan tindakan aku tadi sambil membaca beberapa doa dan ayat al-Qur’an. Mangsa sekali lagi mengangkat badannya sambil kepala didongakkan ke atas. Badan adik tersebut keras seperti batu.
“Allah”, terpacul kalimah itu daripada mangsa dalam keadaan badannya terangkat dan kepala ini didongakkan. Keadaannya ketika ini seakan muluruskan rongga badannya. Mulutnya di ngangakan seakan mahu mengeluarkan sesuatu daripada badannya.
Meremang bulu roma ku, seakan sesuatu baru sahaja keluar daripada badan mangsa. Adik tadi terkulai lemah. Aku menyapu air ke muka mangsa sambil membaca beberapa ayat dengan harapan mangsa menjadi lebih kuat.
Dalam masa yang sama, mangsa-mangsa yang lain yang turut berada di dewan tiba-tiba saha menjerit seakan serentak. Pelbagai jeritan kedengaran dengan suara yg berbeza namun pastinya suara itu bukanlah suara manusia.
“Aaaarrgghhh”. “Ssssssssss”. Beberapa bunyi yang dikeluarkan oleh mangsa termasuklah bunyi berdehem yang garau.
Jeritan garau mangsa-mangsa yang lain menyebabkan adik lelaki di hadapan ku tadi terus menutup telinga seakan tidak sanggup mendengar jeritan-jeritan tersebut. Tiba-tiba ‘adik’ tersebut bangkit dengan ganasnya.
Adik yang kelihatn seperti hendak sembuh tadi kembali dirasuk. Aku mengulang perbuatanku tadi. Namun kali ini aku memastikan bahawa adik itu sedar dan dapat membaca ayat kursi dan tiga kul dengan baik. Aku arahkan agar adik tersebut dibawa ke tempat lain agar tidak terganggu dengan bunyi-bunyian mangsa lain.
Tiba-tiba aku melihat kelibat seorang manusia yang tiba dengan pakaian jubah arab. Alhamdulillah, lega rasanya melihat ustaz yang datang. Yang menariknya, hampir semua mangsa pulih ketika itu. Semuanya mula sedar dan boleh menyebutkan nama masing-masing serta menjawab beberapa soalan dengan warasnya.
Namun masih tinggal satu mangsa lagi yang masih belum sedar sepenuhnya. Ustaz tersebut mendekati mangsa. Memegang bahagian tersentu sambil membacakan ayat Al-Qur'an, mangsa tiba-tiba menjerit kesakitan dan akhirnya terus sedarkan diri.
Lalu ustaz tersebut pergi ke surau untuk melihat keadaaan seorang lagi mangsa. Hajat ustaz tersebut agar beliau boleh 'berdialog' dengan makhluk tersebut. Baru sahaja memegang mangsa tersebut, tiba-tiba keadaan menjadi kecoh.
"Dia lari, dia lari. Dia lari kat belakang. Cepat! kejar dia." jerit beberapa peserta. Pelajar yang aku bantu tadi tiba tiba berlari ke sekeliling sekolah. Terpaksalah beberapa fasi, guru dan rakannya bermain kejar-kejar dengannya. Namun pelajar tersebut mudah disedarkan oleh mereka.
Hasrat ustaz yang mahu 'berdialog' dengan makhluk tersebut juga tidak kesampaian. Mangsa sedar dengan begitu mudah apabila ayat mula dibaca.
Melihat keadaan itu ustaz yang sememangnya mempunyai perkara lain yang perlu diselesaikan pun mula mengangkat kaki meninggalkan sekolah. Para pelajar pun mula berkemas untuk pulang. Ibu bapa pun mula hadir untuk menjemput anak masing-masing.
Terlintas dalam fikiranku juga untuk beransur pulang. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Salah seorang ustaz yang aku hubungi tadi menelefon aku. Beliau menanyakn arah panduan untuk ke sekolah tersebut. “Alamak, macam mana ni. Adik-adik Nampak macam dah pulih. Tak apalah, minta ustaz tolong pagarkan sekolah ni”, bicaraku dalam hati.
Dalam keadaan hujan lebat, ustaz tersebut tiba dengan rombongan beliau. “Uish ramai la pulak”, getusku dalam hati. Ustaz memintku membawa untuk membawa beliau ke tempat mangsa dikumpulkan. Aku menunjukkan arah surau kepada beliau. Lalu beliau mengarahkan semua mangsa untuk berkumpul dan duduk dalam barisan melintang.
Apakah yang bakal dilakukan oleh ustaz serta rombongannya?
Sila ikuti sambungannya dalam Mereka Tumpas Akhirnya
Sambungan daripada Pertarungan kita belum berakhir
Friday, May 14, 2010
Pertarungan sengit
Posted by Muhammad Farhan Aminudin at 2:19 PM
Labels: Pengalamanku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment