Monday, April 5, 2010

Manyelusuri Serambi Mekah 2

Sambungan...

Usai bertemu dengan Tuan Guru, Kami meneruskan perjalanan ke Purnama Inn yakni tempat penginapan kami. Setelah mandi manda perjalanan di teruskan ke Rantau Panjang (Let's shopping...huhu). Tapi kami singgah sebentar di program cakna rakyat. Sangat meriah. Ada pertandingan burung cantik (????), pertunjukan boxing kelantan, nasyid dan sukaneka. Menarik laa..

Namun perjalanan ini tidak sah klau tanpa ujian. Jam waktu itu menunjukkan pukul 10.30, dalam perut ada yang mengadakan konsert rock (hehe). Niat di hati mahu makan makanan tradisi kelantan, nasi dagang Yang kelakarnya dah laa tidak dapat menjamah nasi dagang, tapi makan makanan yg boleh didapati di KL (burger dan sebagainya). Tak apalah, inilah rezeki, Alhamdulillah. Destinasi seterusnya adalah pusat bebas cukai Rantau panjang. Tersenyum makcik-makcik ni. Niat dalam hati ada juga barang yang ingin dibeli, tapi setelah tiba di sana, semua nafsu untuk membeli mati.

Setelah romongan puas bershopping, pengembaraan diteruskan menuju ke Baitul Taubah, Pasir Puteh  (Tempat pemulihan penagih). Tempat ini didirikan atas inisiatif beberapa hamba Allah yang merasakan sistem yang digunakan di pusat serenti GAGAL. Boleh dikatakan 3/4 "graduan" pusat serenti kembali menagih semua. Atas dasar itu pusat ini ditubuhkan sebagai sistem pemulihan berdasarkan ajaran Islam. Pusat pemulihan ini hanya menerima mereka yang datang secara sukarel untuk mempernbaiki diri. Perkara yang menjadi fokus di Baitul Taubah ini adalah pengukuhan sistem pertahanan dalaman setiap penagih. Mereka akan dididik dengan asas syariat Islam dan diperkuatkan lagi dengan amalan-amalan sunat yang lain seperti zikir dan puasa. Alhamdulillah, didapati sistem ini lebih baik di mana peratusan mereka yang kekal bersih daripada najis dadah adalah sebanyak 65%.

Kemudian bas meneruskan perjalanan menuju ke salor, di mana kami dibawa ke kawasan sawah padi. Pada awalnya hati ini tertanya-tanya kenapa mahu ke sawah padi, padahal Kelantan bukanlah negeri yang terkenal dengan penanaan padi. Akan tetapi kawasan sawah yang kami pergi ini berbeza. Di sini padinya ditanam secara organik. Apakah yang dimaksudkan dengan organik? yang dimaksudkan dengan organic ialah semua proses yang digunakan bagi mendapatkan hasil padi tidak menggunakan bahan kimia proses seperti yang biasa digunakan dalam baja komersil dan racun. Hasilnya padi yang diperolehi bebas daripada bahan kimia dan juga proses tanaman ini menjaga ekosistem sedia ada di bumi ini. Hal ini kerana tanah sawah tidak tercemar dengan bahan kimia, air sawah juga bebas daripada bahan kimia dan hidupan lain bisa hidup dengan aman di kawasan sawah. Selain daripada usaha untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih berkhasiat, proses tanaman seperti ini juga dilakukan sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah pemanasan global yang hangat dipbincangkan di pentas antarabangsa. Dan yang lebih menarik, kos untuk tanaman sawah secara organik ini lebih murah daripada cara biasa malah hasilnya juga lebih banyak. Tahniah diucapkan kepada YB Husam atas usaha beliau yang mengagumkan ini.

Seterusnya kami menuju ke rumah YB Nik Amar di Panchor untuk menikmati makan malam dan aklhirnya pulang semula ke Purnama Inn untuk melelapkan mata. Memang penat, tetapi apalah sangat penat yang ditanggung berbanding pengalaman dan ilmu yang didapati. Benarlah pepatah melayu "Jauh perjalanan, luas pemandangan". 


0 comments: